Politik & Negara 04 Oct, 2023

Intervensi tangani kos sara hidup rakyat diteruskan! Inisiatif Payung Rahmah dan Jualan Agro Madani!

@gamal nasir mohd ali
Seorang wartawan selama lebih 30 tahun selepas menyertai Utusan Melayu pada 1989. Bergelumang dalam bidang Online sejak 2000 dan kini mengendali KitaReporters dan UtusanPress. Emel: [email protected]

Share this

Kenyataan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam akaun Facebooknya pada 3 Oktober 2023


Mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup (NACCOL) Bilangan 2 Tahun 2023 yang turut dihadiri Timbalan-Timbalan Perdana Menteri, Menteri-menteri berkaitan, Ketua Setiausaha Negara, pemain industri, wakil badan bukan kerajaan (NGO), wakil pertubuhan dan ahli akademik yang merupakan ahli-ahli Majlis NACCOL pagi tadi.

Kerajaan Perpaduan untuk meneruskan program-program intervensi melalui inisiatif Payung Rahmah dan Jualan Agro Madani dengan kerjasama Kerajaan Negeri yang akan memanfaatkan rakyat dalam usaha berterusan Kerajaan Perpaduan menangani isu kos sara hidup rakyat.
Agensi-agensi Kerajaan seperti Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) juga telah diarahkan untuk lebih proaktif untuk bertindak sebagai agensi pengedar Beras Putih Tempatan (BPT) terutama bagi kawasan- kawasan pedalaman sebagai usaha mengurangi kesulitan kepada rakyat dalam mendapatkan bekalan beras susulan langkah intervensi yang telah diumumkan oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan semalam (2 Oktober 2023).

Sebanyak tiga Kertas Pertimbangan dan dua Kertas Makluman yang menjurus isu berkaitan kos sara hidup telah dibentangkan semasa mesyuarat ini. Mesyuarat telah berbincang berkenaan dengan kawalan harga bagi ayam bulat standard dan telur ayam yang telah dilaksanakan sejak Februari 2022. 

Sebanyak tiga Kertas Pertimbangan dan dua Kertas Makluman yang menjurus isu berkaitan kos sara hidup telah dibentangkan semasa mesyuarat ini. Mesyuarat telah berbincang berkenaan dengan kawalan harga bagi ayam bulat standard dan telur ayam yang telah dilaksanakan sejak Februari 2022. 

Adalah penting supaya hala tuju kawalan harga ayam dan telur ini dapat dimuktamadkan bagi memastikan kelangsungan rantaian bekalan.



Kerajaan Perpaduan juga prihatin terhadap kepentingan rakyat ke atas akses bekalan ubat yang lebih kompetitif harganya supaya rakyat mengetahui harga yang perlu dibayar dan mampu untuk membuat pilihan. 

Adalah menjadi keutamaan Kerajaan Perpaduan untuk memastikan mekanisme penjualan ubat adalah lebih telus untuk manfaat rakyat melalui mekanisme paparan harga. Mesyuarat bersetuju supaya perkara ini diperincikan oleh Kementerian sebelum dimuktamadkan.

Kerajaan juga peka terhadap kemungkinan gangguan bekalan gula sekiranya tiada tindakan segera dilaksanakan bagi menangani isu berkaitan peningkatan harga gula mentah dunia. 

Sehubungan itu, kesemua perkara ini akan dibentangkan di dalam Mesyuarat Jemaah Menteri dalam tempoh masa terdekat bagi mendapatkan hala tuju serta dimuktamadkan.

Saya turut mengulangi penekanan agenda utama Kerajaan Perpaduan dalam meringankan beban kos sara hidup rakyat diberikan perhatian yang serius agar rakyat menerima manfaat secara terus bagi setiap inisiatif dan strategi yang dilaksanakan. 

Saya juga menyeru agar semua agensi Kerajaan di peringkat Persekutuan dan Negeri serta Badan Bukan Kerajaan (NGO) perlu bekerjasama dalam memastikan kesejahteraan masyarakat Malaysia Madani terus diperkukuh. 


10
11
0
14
0
You will be interested