Politik & Negara 24 Jan, 2024

Kini 700k penerima dari 210k! Program subsidi bersasar Sumbangan Asas Rahmah! Dah ditambah baik! - PM

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: [email protected] atau [email protected]

Share this



"Alhamdulillah, sukacita saya maklum program subsidi bersasar Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan kembali bermula hari ini (22 Januari 2024) secara berperingkat-peringkat. 

"Sementelahan itu, program SARA telah ditambah baik, dengan peruntukan melonjak lebih lima kali ganda kepada RM700 juta, ketimbang perbelanjaan RM130 juta pada tahun lepas (2023).

"Peruntukan yang lebih besar ini membolehkan Kerajaan menambah jumlah penerima SARA kepada 700,000, ketimbang 210,000 pada tahun lalu (2023). 

"Jumlah bantuan juga dinaikkan sehingga RM1,200, seganda jumlah daripada tahun lepas (2023).

"Transformasi ekonomi Malaysia bermula dengan mengangkat darjat rakyat. 

"Penambahbaikan program SARA ini merupakan satu langkah awal untuk menangani kesenjangan kekayaan serta membina sebuah masyarakat yang inklusif seperti didambakan dalam kerangka Ekonomi Madani.

"Insya-Allah, Kerajaan akan mengumum lebih banyak penambahbaikan kepada bantuan-bantuan lain bagi mengangkat ekonomi golongan rentan dan menjunjung prinsip kesaksamaan." - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (dalam akaun Facebooknya pada 22 Januari 2024)


14
15
0
7
0
You will be interested