Politik & Negara 06 Nov, 2023

Tali barut ancaman Hamas! Ada sanggup bunuh saudara sendiri! Demi kemewahan dan janji palsu Zionis!

@roslan ibrahim
Meminati penulisan sejak di bangku sekolah. Selepas STPM, menyambung pengajian dalam bidang komunikasi massa di UiTM. Menjalani latihan praktikal di Utusan Malaysia selama 6 bulan, Wartawan Mingguan Kota, Majalah Ibu, Berita Harian dan Harian Metro. Selepas berhenti dari HM, menyertai NGO, Pertubuhan Kelestarian Ekosistem Alam (NEST) dan IKRAM. Kini bersama KitaReporter sejak September 2023. E-mel: [email protected]

Share this


TALI barut atau pengkhianat dalam kalangan segelintir rakyat Palestin antara cabaran utama yang perlu ditangani kepemimpinan Hamas kerana maklumat yang diberikan itu membolehkan tentera aparteid Israel melancarkan serangan dan pengeboman bagi membunuh pemimpin pejuang itu.

Pembunuhan dua pengasas Hamas iaitu Syeikh Ahmed Yassin dan Dr Abdel Aziz Al-Rantisi pada 2004 mungkin daripada maklumat intipan yang diberikan tali barut itu kepada tentera Zionist Israel.

Syeikh Ahmad dibunuh apabila helikopter melancarkan peluru berpandu ketika dia, pengawal peribadinya dan beberapa rakyat Palestinlain dalam perjalanan pulang daripada solat subuh. Begitu juga pembunuhan Abdul Aziz apabila keretanya ditembak dengan peluru berpandu daripada helikopter Apache.

Syeikh Ahmad Yasin dibunuh tentera Israel ketika pulang dari solat Subuh.


Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Persatuan Cinta Gaza Malaysia (CGM), Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman atau lebih dikenali Nadir Al-Nuri, berkata walaupun Israel memiliki teknologi canggih untuk mengesan lokasi pemimpin-pemimpin Hamas yang dikehendaki, mereka sukar membuat keputusan tepat untuk mengebom atau membunuh.

Beliau berkata, cara yang mudah ialah menggunakan segelintir rakyat Palestin yang menjadi tali barut dan memberi maklumat kedudukan tepat pemimpin Hamas sehingga memudahkan tentera Israel menghantar helikopter membunuh mereka. "Pelbagai kaedah dilakukan Israel untuk memikat rakyat Palestin supaya bekerjasama dengan mereka sama ada mengiklankan jawatan kosong atau memberi janji-janji manis. "Jika iman mereka tidak kuat dan membayangkan dapat hidup senang dengan jawatan dan tawaran lumayan, ada yang sanggup bekerjsama bagi menjadi pengintip dan memberi maklumat kepada Israel. 

Nadir Al-Nuri ketika menayampaikan kuliah subuh sempena Hari Palestin 2023 di Bandar Baru Bangi.


"Mulanya mungkin hanya diberi kerja yang mudah tapi lama kelamaan mereka akan dilatih sebagai pengintip bagi memudahkan menyampaikan maklumat mengenai pemimpin Hamas yang dikehendaki. Tapi ramai juga yang insaf dan datang kepada Hamas untuk menyatakan kebenaran bahawa mereka diperangkap.

"Namun, ada segelintir masih degil dan terus menjadi pengintip kerana seronok dengan kehidupan mewah. Mereka ini jika ditangkap akan dihukum bunuh atau dipancung," katanya ketika menjawab soalan seorang jemaah ketika menyampaikan Kuliah Subuh bertajuk "Palestin di Hatiku" di Masjid Al-Sobah, Seksyen 3, Bandar Baru Bangi, Selangor. Beliau berkata, bagi mengelak musuh dalam selimut dalam kalangan segelintir rakyat Palestin yang rambang kemewahan, Hamas sentiasa berhati-hati dalam setiap gerakan sehingga dalam keluarga mereka sendiri tidak tahu bahawa orang itu adalah pejuang Hamas. 

cintagazamalaysia: SUMBANGAN TERKINI | RM33,814,049.11.

TERIMA KASIH RAKYAT MALAYSIA! ❤️ Teruskan memberi manfaat kepada penduduk Gaza!

Kalian boleh salurkan ke https://emergency4gaza.com atau akaun rasmi Persatuan Cinta Gaza Malaysia, Maybank 5648 1050 7826. Ruj: EMERGENCY.


Menurutnya, keluarga mereka hanya tahu identiti suami atau ayah mereka selepas pejuang berkenaan syahid dan poster wajah mereka ditampal di seluruh Gaza.

"Pejuangan rakyat Palestin menentang Israel adalah bukti pengorbanan yang hebat bagi mengembalikan tanah mereka yang dirampas selain mempertahan Masjid Al-Aqsa. Kini, tugas itu terletak di bahu generasi muda yang tidak takut mati kerana jiwa mereka sudah dididik dengan suasana perang sejak dilahirkan.   

 "Ada kisah seorang pemimpin Hamas, Dr Ibrahim yang diberitahu mengenai kematian anaknya ketika menyampaikan kuliah kepada anak-anak muda di sebuah masjid di Gaza tapi dia tetap di tempat duduknya sehingga selesai berdakwah.  

"Apabila ditanya mengenai dia tidak bergegas untuk melihat anaknya yang lemas, kata Dr Ibrahim anaknya sudah mati tapi anak-anak muda di hadapannya masih hidup dan mereka adalah penerus pejuang Palestin yang perlu dijaga," kata Nadir.

Beliau juga menceritakan mengenai seorang ibu Palestin, Farha yang tiga anaknya mati syahid. Dia memberitahu anak-anaknya usah berani pulang ke rumah melainkan kamu diusung dalam keadaan kaku dan gugur dalam perjuangan.


Nadir (lima dari kiri) bersama jawatankuasa Hari Palestin 2023 di Masjid Al-Sobah, Bandar Baru Bangi, Selangor.


"Banyak kisah menarik rakyat Palestin yang dikutip sepanjang tujuh tahun saya bersama mereka malah mengalami sendiri peristiwa hampir terbunuh ketika tiga pemuda Palestin maut ditembak penempak tepat Israel. 

 "Saya berada di belakang mangsa ketiga, jika di hadapan, mungkin saya sudah syahid dan tidak dapat datang untuk memberi kuliah Subuh kepada tuan-tuan. 

"Begitu juga ketika 51 hari perang di Gaza pada 2014 nyawa saya hampir beberapa kali terancam, paling hampir ketika roket Zionis meledak di sebuah bangunan yang selang satu blok dari kediaman kami," katanya sambil tersenyum. 

Beliau turut bercerita mengenai kejadian 21 pejuang Hamas yang dalam misi menyerang kedudukan tentera Israel terperangkap selama 21 hari dalam terowong ketika Ramadan. Selama tempoh itu mereka masih hidup dengan hanya memakan setengah kurma untuk sahur dan setengah lagi ketika berbuka. 

 "Cerita tentera Israel melihat lembaga putih yang datang menghalang mereka untuk memusnahkan pejuang Hamas juga bukti kekuasaan Allah cuma cerita-cerita ini tidak diviralkan dan hanya diketahui dalam kalangan rakyat Palestin," katanya. - KitaReporters


Nadir (dua dari kiri) dan anak tirinya Naeem Mushtaha (dua dari kanan) yang hadir sempena Hari Palestin 2023.

14
10
0
12
0
You will be interested