Politik & Negara 25 Aug, 2023

Isu pengajaran Hadis 40 Imam Nawawi! MCCBHST tiada hak bantah! Cubaan campur tangan hal-ehwal Islam!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: kita.reporters@gmail.com atau editor.kitareporters@gmail.com

Share this

Kami membantah kenyataan Majlis Perundingan Agama Kristian, Buddhis, Hindu, Sikh dan Taoist  (MCCBHST) yang menolak pengenalan pengajian Hadis 40 di sekolah dengan dakwaan ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.
Malah pihak tersebut menyatakan Islam harus terbatas hanya kepada urusan peribadi dan majlis rasmi yang bersifat "ceremonial" semata-mata.
Jelas MCCBHST cuba campur tangan dalam hal ehwal Islam dan  pengajian Islam dalam kalangan pelajar Islam. Ia mahu menundukkan hak pelajar Islam untuk memahami makna Islam mengikut yang mereka mahukan sahaja, bukan Islam yang menyeluruh dan meliputi semua aspek kehidupan.
Ini bermakna MCCBHST mahu Islam di negara ini ditafsir dan dilaksanakan mengikut fahaman dan restu mereka. 
Kami mahu mengingatkan kepada pihak berkenaan jangan cuba mengganggu dan campur tangan dalam urusan Islam di negara ini. Mereka juga tidak berhak mempersoal usaha pihak berkuasa pendidikan untuk memupuk ilmu dan nilai Islam yang betul kepada pelajar Islam berdasarkan rujukan Islam yang autentik, iaitu al-Quran dan hadis.
Pendidikam Islam yang berteraskan pengajian al-Quran dan hadis adalah sebati dalam pendidikan Islam untuk melahirkan pelajar Islam yang berakhlak mulia dan insan yang berintegriti.
Kami menegaskan ugutan pihak berkenaan mahu mengambil tindakan undang-undang jika penggunaan kitab Hadis 40 dijadikan pengajian untuk pelajar Islam adalah provokasi yang tidak boleh diterima sama-sekali.
Kami akan ambil tindakan undang-undang kerana MCCBHST cuba mencabar kuasa pihak agama Islam apabila menuntut Islam hanya agama terikat sebagai ritual dan untuk acara rasmi semata-mata.  
Mereka mencabar pihak berkuasa pendidikan negara yang mahu menerapkan rujukan Islam dalam sistem pendidikan. Bantahan tersebut nampaknya sangat jelas mahu mempersoal kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan.
Kami menuntut pihak MCCBHST menarik balik kenyataannya dan menghentikan sebarang kempen senyap untuk mempersoal kedudukan Islam di negara ini.
Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM)

11
16
0
16
0
You will be interested