Umat Islam Uighur di Xinjiang, China. - Kredit foto: Agensi
Kerajaan China sekali lagi pada tahun 2023 ini mengharamkan umat Islam Uighur (Uyghur) daripada berpuasa pada bulan Ramadan. Terdapat kira-kira 10 juta penduduk Islam daripada etnik Uighur mendiami Xinjiang di China.
Negara komunis itu yang menganggap dirinya sebagai ateis turut melarang kalangan penjawat awam, pelajar dan guru Islam di wilayah Xinjiang daripada menunaikan ibadah puasa yang wajib bagi penganut beragama Islam.
Ketika umat Islam di seluruh dunia bersiap sedia untuk memulakan bulan suci Ramadan yang mulia ini untuk berpuasa, tetapi lain pula ceritanya umat Islam Uighur dilarang berpuasa dan akan ditangkap sekirannya mereka meneruskan tradisi budaya dan agama mereka (Islam).
Kerajaan China bersikap tegas melaksanakan peraturan dan larangan ke atas masyarakat Islam untuk melakukan ibadat (puasa) mereka dengan bebas.
Justeru, pemerintah telah melaksanakan sistem pemantauan yang keras terhadap umat di negara ‘tembok besar’ itu.
Masyarakat Uighur tetap menunaikan solat Jumaat walaupun mendapat tentangan hebat daripada pihak pemerintah. - Kredit foto: Washington Post.
Dilaporkan, Uighur di wilayah barat laut Xinjiang diarah untuk tidak membenarkan anak-anak mereka berpuasa, bahkan mereka akan ditanya oleh pihak berkuasa sama ada ibu bapa mereka juga berpuasa, kata pegawai tempatan dan kumpulan hak asasi manusia kepada media RFA.
“Sepanjang
Ramadan, pihak berkuasa telah memeriksa 1,811
buah kampung yang terlibat dalam sistem pemantauan 24 jam oleh pihak
berkuasa, termasuk pemeriksaan di rumah keluarga Uighur,” jelas jurucakap Kongres
Uighur Sedunia.
Terdapat kira-kira
11.4 juta umat Islam etnik Hui di China, yang masih mengekalkan
kepercayaan dan pegangan Islam mereka selama berabad-abad, kini berada dalam
bahaya di bawah pimpinan Parti Komunis
China dengan mengenakan peraturan agama yang zalim.
Aktivis hak Hui, Ma Ju berkata barangkali ramai orang tidak tahu komunitinya masih wujud.
Beliau juga menyatakan bahawa pembunuhan beramai-ramai yang sedang dilakukan ke atas orang Uighur telah pun berlaku sebelum ini dan begitu juga dengan etnik Hui, berikutan pembaharuan agama Parti Komunis yang dilaksanakan sejak pada tahun 1958.
Islam minoriti di China tetap meraikan kemuliaan bulan Ramadan dalam majlis berbuka puasa bersama jemaah di perkarangan sebuah masjid di China. - Kredit foto: Morocco World News.
Beijing telah mengenal pasti mereka sebagai
"ancaman untuk diselesaikan melalui asimilasi paksa," kata laporan
daripada gabungan kumpulan hak asasi manusia, termasuk rangkaian Pembela Hak
Asasi Manusia China.
Ini sangat berbeza dengan kebebasan secara relatif yang pernah mereka nikmati sebelum Presiden Xi Jinping dengan melancarkan serangan baharu ke atas upacara ibadat (sembahyang) agama lain.
Mereka memaksa orang-orang Kristian, Islam dan Buddha supaya masing-masing tunduk kepada kawalan parti (pemerintah) dan disekat kehidupan beragama mereka di bawah "penghinaannya", demikian menurut laporan tersebut.
China juga
telah menyasarkan masyarakat Islam (Xinjiang)
dengan melancarkan kempen "perpaduan etnik" termasuk saudara seIslam mereka daripada etnik
Han (mewakili 40 peratus) dengan memberi tekanan kepada mereka untuk mematuhi
tradisi bukan Islam, termasuk minum arak dan memakan daging babi.
Sekurang-kurangnya 1.8 juta etnik Uighur dipenjara dalam kem tahanan khas atau dikenali sebagai ‘Pusat Latihan Vokasional’ sejak Dasar "Perpaduan" tersebut diperkenalkan di Xinjiang, China. – KitaReporters
Wanita Uighur - Kredit foto: oke zone news
Sumber:
https://organiser.org/2023/03/27/166460/world/banning-of-fast-during-ramzan-chinas-systematic-and-merciless-torture-on-uyghur-muslims-continues/