Politik & Negara 09 Nov, 2023

Tahniah Jordan! Tembusi ruang udara Gaza! Negara pertama hantar bekalan perubatan melalui udara!

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this


JULUNG kalinya dalam tempoh lebih 20 tahun, pesawat Arab berjaya melakukan operasi pendaratan bekalan perubatan melalui ruang udara Gaza.

Koresponden di lapangan, saluran Gaza Now mengesahkan bahawa Jordan berjaya buat kali pertama menembusi ruang udara Gaza.

Lebih membanggakan pasukan berkenaan dapat menurunkan kotak yang membawa bantuan perubatan ke hospital medan Jordan di Gaza, yang diumumkan oleh Raja Jordan.



Raja Jordan, Raja Abdullah dalam hantaran di laman sosial X (dulu Twitter), mengumumkan pada awal pagi Isnin, 6 November 2023 lalu berkata, Tentera Udara Diraja Jordan berjaya melakukan penghantaran udara bagi bekalan perubatan dan farmaseutikal kritikal ke hospital medan Jordan di Semenanjung Gaza. 

Baginda menambah di platform media sosial itu, “Anggota tentera udara kami yang tidak gentar telah menurunkan bantuan perubatan segera tengah malam tadi ke hospital lapangan Jordan di Gaza. 

“Ini adalah tugas kami untuk membantu saudara-saudara kami yang cedera dalam perang di Gaza. Kami akan sentiasa ada untuk saudara Palestin kami,” titah Raja Jordan. 

Bantuan itu juga dilaksanakan ketika Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken, melakukan lawatan diplomatik serantau membincangkan isu di Gaza. - KitaReporters


7
11
0
16
0
You will be interested