Politik & Negara 12 Apr, 2023

Video| Santai dan mesra! PM berbuka puasa dengan pengamal media, penggiat seni! Disertai anak yatim!

@kartini mohd noor
Pernah berkhidmat sebagai 1. Stringer Berita Harian 2. Wartawan Berita Harian 3 . Penyunting Harian Metro 4. Grup Editor Majalah IBUBAPA

Share this

PERTAMA kali lebih 1,000 pengamal media dan penggiat seni berhimpun untuk beramah mesra dengan Perana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengundang mereka ke Majlis Berbuka Puasa Perdana Menteri bersama Pengamal Media & Penggiat Seni di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia (WTC). Kuala Lumpur pada 11 April 2023 .

Kembali semua ke WTC ini sangat menceriakan bukan saja tetamu malah PM juga kelihatan gembira menyambut salam daripada ketua-ketua agensi media, artis tanah air dan tetamu yang juga menteri kabinet termasuk Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil dan timbalannya, Teo Nie Ching yang mengiringinya ke majlis itu.

Turut diraikan 30 anak yatim dari Rumah Kasih Ibu, Ampang. Antara yang hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Roslan Ariffin; Pengarang Urusan Kumpulan NSTP; Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman dan Pengerusi Kumpulan Media Prima Berhad, Datuk Seri Dr Syed Hussian Aljunid.


Anwar Ibrahim (tengah) pada Majlis Berbuka Puasa bersama Pengamal Media dan Penggiat Seni di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Kuala Lumpur pada 11 April 2023. - Kredit foto: Bernama


Anwar beramah mesra bersama anak yatim pada Majlis Berbuka Puasa bersama Pengamal Media dan Penggiat Seni di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Kuala Lumpur pada Selasa. - Foto Bernama
Anwar beramah mesra bersama anak yatim pada Majlis Berbuka Puasa bersama Pengamal Media dan Penggiat Seni di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Kuala Lumpur. - Kredit foto: Bernama


Perdana Menteri yang tiba pada pukul 6.47 petang dengan berbaju Melayu biru muda mengambil kesempatan bertanya khabar dengan selebriti tempatan yang hadir teramasuk Datuk Ifa Raziah, Datuk AC Mizal serta penyampai radio dan penyanyi Dina Nadzir serta pengarah filem, Datuk Suhaimi Baba.

Tetamu dihidangkan dengan juadah berbuka puasa termasuk kuih-muih Melayu, buah kurma, ayam goreng berempah, ikan tenggiri masak lemak cili api, kambing masak kari, udang sambal, sayur kailan dan ikan masin. 

Manakala juadah pemanis mulut, sup, bubur lambuk, ulam-ulam yang sangat membuka selera seperti petai, ulam-ulam serta cicahan yang beraneka rasa dari budu sehingga sambal belacan,

Datuk Seri Anwar turut bersolat maghrib bersama hadirin dan majlis berbuka puasa ini berlangsung dalam suasana paling santai dimulakan dengan tazkirah dan dihiburkan dengan lagu-lagu berirama ghazal yang sangat menenangkan. - KitaReporters




Kena serbu lagi... PM dikelilingi oleh pengamal media yang mahu mencatat kenangan dengannya.


12
16
0
11
0
You will be interested