Politik & Negara 22 Nov, 2025

Jangan dulu ke selatan Thailand! Banyak kawasan banjir! Akibat hujan lebat! Ada risiko keselamatan!

@ketua editor
Ketua Editor KitaReporters.com... Boleh hantar emel kenyataan media atau berita dan story ke [email protected] atau [email protected]

Share this

Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla menasihatkan rakyat Malaysia supaya menangguhkan sebarang perancangan untuk melancong atau melawat ke selatan Thailand susulan cuaca buruk dan banjir yang sedang melanda beberapa kawasan di wilayah berkenaan.


Menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan pada 22 November 2025, kawasan selatan Thailand kini mengalami hujan lebat berterusan yang menyebabkan berlaku banjir di banyak lokasi, sekali gus menimbulkan risiko keselamatan kepada pelawat. 

Sehubungan itu, orang ramai diminta berwaspada serta mengutamakan keselamatan sebelum membuat perjalanan ke kawasan yang terjejas.



Kredit foto: FB Info Banjir Kelantan


Rakyat Malaysia yang sudah berada di selatan Thailand turut dinasihatkan supaya sentiasa peka terhadap perubahan cuaca, di samping mengikuti pengumuman, arahan dan nasihat pihak berkuasa tempatan dari semasa ke semasa serta mengambil langkah menjaga keselamatan diri masing-masing.
Bagi mereka yang memerlukan bantuan konsular, orang ramai boleh menghubungi Pegawai Bertugas Konsulat Jeneral Malaysia di talian +6681-9901930 atau melalui e-mel [email protected]. - KitaReporters/Kenyataan Media

10
14
0
17
0
You will be interested