Politik & Negara 21 Sep, 2023

Keperitan hidup anak-anak Palestin! Tetap bergraduat tapi kena menganggur! Tiada peluang pekerjaan!

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this


MESKIPUN berada di tanah air sendiri namun kehidupannya seperti pelarian, hidup dalam ketakutan... Itulah yang dilalui semua penduduk Palestin di Gaza pada hari ini.

Kehidupan mereka setiap hari diancam oleh tentera aparteid Israel dan dianiaya dengan pelbagai tekanan, ada sahaja yang tidak kena pad mata pihak berkuasa aparteid Israel sehingga bertindak zalim tanpa belas kasihan.

Hak mereka untuk hidup bebas seperti rakyat lain untuk mempunyai kerjaya dan keluarga sentiasa disekat.

Namun siapa sangka dalam semua kepahitan itu ada sebahagian anak-anak muda Palestin berjaya menamatkan pengajian pada peringkat university dan menggenggam segulung ijazah. 

Tetapi kini terpaksa menganggur berikutan tiada peluang pekerjaan yang disediakan di negaranya sendiri berikutan sentiasa disekat oleh oleh pihak berkuasa aparteid Israel.



Terbaharu, sekumpulan graduan universiti yang terdiri daripada anak-anak muda Palestin yang telah lama menganggur berhimpun di hadapan ibu pejabat Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA) bagi Pelarian Palestin menuntut peluang pekerjaan disediakan kepada mereka. 

“Hari ini ini kami ke sini untuk menyeru UNRWA untuk memberi peluang pekerjaan kepada graduan yang menganggur untuk membantu menamatkan penderitaan mereka," kata wakil graduan yang bertindak jurucakap tersebut sambil menambah bahawa ini akan membolehkan mereka hidup dengan bermaruah. 

Memetik agensi berita Safa, 20 September 2023, sehingga kini terdapar lebih 16,000 graduan Palestin yang masih menganggur di Semenanjung Gaza.  



Sementara itu, Ketua Suruhanjaya Antarabangsa bagi Menyokong Hak Palestin, Dr Salah Abdul Ati berkata, pengangguran dalam kalangan belia di Gaza kini telah mencecah 75 peratus.

Malah, pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pula berkata, kadar kemiskinan di Gaza mencecah 65 peratus.

Selain pengangguran pula telah mencecah 47 peratus pada penghujung 2022. - KitaReporters


13
12
0
20
0
You will be interested