Politik & Negara 30 Aug, 2023

Sokong titah Sultan Selangor! Semua negeri kena anggotai MKI secara rasmi! Penyelarasan, keberkesanan!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: kita.reporters@gmail.com atau editor.kitareporters@gmail.com

Share this


MAPIM menyokong penuh titah Sultan Selangor agar semua negeri dapat menganggotai Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) secara rasmi.

Ini adalah saranan yang sangat wajar kerana penyelarasan dasar dalam hal ehwal pengurusan antara pihak negeri dan pihak kerajaan pusat amat penting diperkukuh.

MAPIM percaya dengan menganggotai MKI banyak penyelerasan dapat dicapai dan meningkatkan keberkesan pelbagai aspek pentadbiran dan undang-undang Islam diurus secara terselaras.

Oleh kerana MKI ditubuhkan atas kesepakatan dan pekanan Majlis Raja-raja Melayu maka penglibatan semua pihak berkuasa agama negeri-negeri wajar menyertainya secara rasmi.



MAPIM berpendapat isu yang berkait dengan hal ehwal Islam masa kini sedang berdepan pelbagai cabaran. 

MKI, sebagai forum tertinggi Islam di bawah Majlis Raja-raja Melayu, adalah sesuai untuk merumuskan respons dan merangka dasar yang tuntas untuk menguruskan isu yang muncul dari masa ke semasa.

MKI yang dianggotai pimpinan tertinggi kerajaan, iaitu Perdana Menteri sebagai Timbalan Pengerusi MKI, amat cocok untuk menguruskan hal ehwal Islam secara terseleras untuk seluruh negara.

MAPIM bersetuju sementara banyak kejayaan dicapai melalui rundingan pada platform MKI, masih terdapat pelbagai perkara yang belum selesai yang memerlukan penglibatan semua ahli mesyuarat mencetuskan idea dan buah fikiran yang bernas.

MAPIM merakamkan keprihatinan terhadap pelbagai pihak yang melontarkan komentar dan pendapat secara terbuka dalam media dan forum yang tidak sesuai mengenai hukum dan hal ehwal Islam. 

Khilaf yang diutarakan mencetuskan polemik yang menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat sehingga saling mencurigai antara satu sama lain.

Polimik Kalimah Allah, perlaksanaan enakmen hukum agama negeri-negeri, bidang kuasa Mahkamah Syariah, isu murtad, jenayah syariah serta isu pendidikan Islam masih didebatkan secara terbuka.

Perdebatan yang tidak terkawal sehingga membawa kepada kekeliruan akibat mereka yang tidak berautoriti turut memberi ulasan bukan berdasarkan disiplin ilmu Islam. Ini akan menambah rumit untuk memberi panduan kepada masyarakat Islam.

Selain setiap isu yang dicetuskan dari semasa ke semasa perlu disantuni, MAPIM juga percaya bahawa kecekapan dan kualiti perkhidmatan pelbagai agensi Islam perlu dipertingkat bagi meyakinkan masyarakat kepada institusi Islam.

MAPIM menyeru agar majlis agama Islam negeri-negeri menyambut baik titah Sultan Selangor demi memastikan martabat Islam di negara ini dipertingkat.


Mohd Azmi Abdul Hamid

Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM)


6
11
0
9
0
You will be interested