Politik & Negara 16 Jul, 2025

Malaysia sasar kedudukan 25 teratas CPI! Menjelang 2033! Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional! - PM

@ketua editor
Ketua Editor KitaReporters.com... Boleh hantar emel kenyataan media atau berita dan story ke kita.reporters@gmail.com atau editor.kitareporters@gmail.com

Share this


Malaysia komited untuk mencapai tahap integriti yang lebih tinggi, dengan menyasarkan kedudukan 25 teratas dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) menjelang 2033 melalui Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (National Anti-Corruption Strategies atau NACS).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perjuangan Malaysia menentang rasuah adalah mutlak dan penting untuk memulihkan integriti, melindungi kepentingan awam, dan membina semula kepercayaan rakyat. 

"Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia komited kepada pertumbuhan inklusif dan lestari yang dipacu tadbir urus baik dan ekonomi dinamik untuk semua.

"Malaysia juga komited untuk mencapai tahap integriti yang lebih tinggi, menyasarkan kedudukan 25 teratas dalam CPI menjelang 2033 melalui NACS. 



Menurutnya, sebagai Presiden Perhimpunan International Anti-Corruption Academy (Akademi Anti Rasuah Antarabangsa atau IACA) buat kali pertama, Malayusia tekad untuk memimpin dengan teladan dalam memperkukuh tadbir urus dan usaha antirasuah pada peringkat global.

"Perjuangan menentang rasuah bukan mudah lebih-lebih lagi apabila melibatkan golongan elit berkuasa.

"Namun ia adalah tanggungjawab bersama yang menuntut keberanian, kesatuan, dan pendirian tegas demi keadilan dan ketelusan," tegas Anwar ketika berucap pada International Conference On Governance And Integrity (Persidangan Antarabangsa mengenai Tadbir Urus dan Integriti) 2025 pada 15 Julai 2025. - KitaReporters/Kenyataan Media


14
14
0
13
0
You will be interested