Politik & Negara 13 Oct, 2023

Video| 3 perhimpunan selepas solat Jumaat! Solidariti dengan rakyat Palestin! Lawan aparteid Israel!

@roslan ibrahim
Meminati penulisan sejak di bangku sekolah. Selepas STPM, menyambung pengajian dalam bidang komunikasi massa di UiTM. Menjalani latihan praktikal di Utusan Malaysia selama 6 bulan, Wartawan Mingguan Kota, Majalah Ibu, Berita Harian dan Harian Metro. Selepas berhenti dari HM, menyertai NGO, Pertubuhan Kelestarian Ekosistem Alam (NEST) dan IKRAM. Kini bersama KitaReporter sejak September 2023.

Share this

Tonton video di YouTube KitaReporters di https://youtube.com/shorts/QtwD5x3Ps-w?si=auUFrc1-7YHZ6DHC (jika disekat).


Himpunan Solidariti bersama Gaza di Masjid Negara, Kuala Lumpur selepas solat Jumaat.


SEJAK serangan mengejut tentera Hamas ke atas kepentingan rakyat aparteid Israel terutama pendatang haram di Gaza, negara Zionis itu terus menyerang membabi buta dan bertalu-talu tanpa mempedulikan nasib rakyat Palestin yang tidak berdosa termasuk kanak-kanak, wanita dan warga tua.

Akibat serangan itu, ramai rakyat Palestin yang terkorban, rumah mereka dibom malah kerajaan aparteid Israel turut menyekat hubungan mereka dengan dunia luar, menghalang bantuan kemanusiaan dan membiarkan mereka hidup menderita akibat sekatan elektrik dan air.

Prihatin dengan nasib saudara seagama, umat Islam di negara ini terpanggil untuk membantu memberi sokongan melalui bantahan, perhimpunan, solidariti, solat hajat dan doa agar rejim aparteid itu menghentikan perbuatan tidak berperikemanusiaan mereka.


Himpunan Malaysia Bangkit bersama Palestin di Masjid Tabung Haji, Kuala Lumpur selepas solat Jumaat.


Jumaat 13 Oktober 2023, umat Islam di negara ini dijangka berhimpun di tiga kawasan bagi menyatakan sokongan dan solidariti kepada rakyat Palestin yang ditindas oleh aparteid Zionis Israel.

Setiausaha Agung IKRAM Malaysia, Shahrul Aman Mohd Saari, berkata perhimpunan itu serentak dengan usaha umat Islam seluruh dunia untuk mengecam perbuatan terkutuk tentera aparteid Israel dan meminta mereka menghentikan penindasan itu serta merta.

Beliau berkata, untuk ahli IKRAM di Lembah Klang, perhimpunan itu akan berlangsung selepas solat Jumaat dan ada tiga lokasi berkumpul, iaitu:

  • a) Berarak dari Masjid Tabung Haji ke Kedutaan Amerika Syarikat, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.
  • b) Berhimpun di perkarangan Masjid Negara, Kuala Lumpur.
  • c) Berhimpun di Dataran Giant, Seksyen 18, Shah Alam pada jam 8 malam. Mereka diminta membawa sejadah sendiri untuk solat Isyak.


Shahrul Aman Mohd Saari.


"Saya meminta kerjasama ahli-ahli IKRAM dan rakan-rakan sesama Islam untuk hadir bagi membuktikan kita berdiri teguh di belakang rakyat Palestin yang kini dihimpit dan menderita akibat perbuatan tidak berperikemanusiaan tentera Zionis Israel.

"Bagi ahli-ahli IKRAM di luar Lembah Klang, saya memohon menyertai mana-mana perhimpunan solidariti yang dianjurkan pada peringkat negeri atau kawasan masing-masing," katanya.

Shahrul berkata, bagi ahli  IKRAM, mereka digalakkan memakai baju pertubuhan itu dan membawa bahan syiar Palestin; contoh bendera, mafla, plakad dan lain-lain yang bersesuaian. Jika perlu, boleh gunapakai reka bentuk plakad di pautan berkut:

https://drive.google.com/drive/folders/1kO-mXqxQJDCvoIAi36BSs4QTPBieq6pYSaya memohon sahabat semua memuat naik gambar-gambar dalam media sosial masing-masing dengan tanda pagar #palestindihati dan #freepalestin,” katanya. 

Munajat Solidariti Untukmu Palestin di Dataran Giant, Seksyen 18, Shah Alam, Selangor jam 8 malam.


Dalam perkembangan yang sama, IKRAM Malaysia juga sedang berusaha untuk menganjurkan Perhimpunan Solidariti lebih besar di Dataran Merdeka yang membabitkan spektrum yang lebih luas termasuk kepada bukan Muslim melalui jaringan-jaringan mereka.

"Doakan yang terbaik, moga usaha kecil yang kita lakukan ini akan membuka mata antarabangsa terutama kuasa dunia seperti Amerika Syarikat bahawa umat Islam di seluruh dunia berdiri teguh menyokong perjuangana rakyat Palestin," katanya. - KitaReporters

16
14
0
15
0
You will be interested