Politik & Negara 09 Jan, 2024

Video| 30 wanita terima hidayah! Kembali kepada Islam! Selepas lihat penderitaan penduduk Gaza!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this


Penderitaan zahir dan batin penduduk Gaza, Palestin mengundang simpati penduduk dunia tanpa mengira agama dan mengecam tindakan kejam aparteid Zionis Israel.

Dan antara hikmahnya ialah ia boleh mengubah kepercayaan masyarakat untuk memeluk Islam. Hikmah ini berlaku di seluruh dunia.

Dan yang terbaharu ialah seramai 30 wanita di Melbourne, Australia diberi hidayah melafaz syahadah untuk kembali kepada Islam (revert) setelah bersimpati dengan penduduk Gaza, Palestin. 

Sebahagiannya berpeluang menjadi sukarelawan di Gaza dan berjaya menarik beberapa rakan untuk berubah dan kembali kepada akidah Islam.



Peristiwa itu menjadi tular setelah video mengucap dua kalimah syahadah ini dimuat naik dalam Instagram dalam akaun @muslim.daily. 

Dalam video itu terlihat 30 wanita sedang melafaz dua kalimat syahadat di sebuah masjid di Melbourne, Australia. Wanita yang telah memeluk Islam itu diberikan sekeping sijil dan setangkai bunga mawar. 

Seorang mualaf yang melafazkan syahadah bernama Jaqueline Retzack berkata dia terasa tenang setelah melakukannya.

"Saya berasa sangat bahagia. Banyak kedamaian sejak saya kembali dua minggu lalu. Saya pindah agama kerana apa yang terjadi di Gaza dan saya ingin lebih dekat dengan Islam dan Allah," kata wanita cantik ini.



"Tidak mengetahui yang mana (agama yang benar) dan gagasan Islam yang  hanya mempercayai satu Tuhan benar-benar selaras dengan kepercayaan saya. Itu menyentuh sangat hati saya,“ kata seorang lagi mualaf bernama Christine Crnogorac.

Tambahnya, isu-isu yang terjadi di Palestin membuat dirinya menangis setiap hari dan tidak tahu harus berkata apa lagi. 

Wajah bahagia kelihatan pada wanita-wanita Australia itu setelah menyelesaikan proses menjadi Muslimah. Perkara itu  membuat banyak warganet menyambut baik pengIslaman itu. - KitaReporters


15
12
0
12
0
You will be interested