Politik & Negara 24 Aug, 2024

Bersih, Suaram, Greenpease, CIJ, ABIM, IRF, Ikram sokong! Bawa, rawat pelarian Palestin di Malaysia!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: [email protected] atau [email protected]

Share this


Sekumpulan badan masyarakat sivil/madani atau CSO dan individu menyuarakan kekhuatiran ke atas kritikan yang diterima oleh kerajaan berhubung keputusan membawa 127 pelarian Palestin untuk dirawat di Malaysia.

Menurut mereka, langkah kerajaan itu adalah atas belas kasihan dan kebaikan hati.

“Pelarian ini merangkumi 41 pesakit kritikal dan 86 ahli keluarga terdekat mereka. 

"Mereka telah mengharungi ketakutan dihujani bom dan kemelaratan di Gaza dan menderita trauma yang tak dapat dibayangkan.

“Ada juga yang mengalami kecederaan fizikal yang parah,” kata mereka dalam kenyataan bersama, sambil membangkitkan genosid di Gaza pada masa ini telah meragut lebih 40,000 nyawa dan menyebabkan ribuan lagi cedera dan hilang tempat tinggal.

Antara 38 CSO yang menandatangani kenyataan bersama ini adalah Bersih, Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Pusat Komas, Islamic Renaissance Front (IRF), Pertubuhan Ikram Malaysia, Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ), G25 Malaysia, Suaram dan Greenpeace Malaysia.

Antara 106 individu yang menandatanganinya pula adalah Marina Mahathir, Maria Chin Abdullah, Ambiga Sreenevasan, Tian Chua, Ivy Josiah, R Sivarasa dan Suriani Kempe.




Kenyataan itu turut disertai ahli Parlimen seperti Syahredzan Johan (Bangi), Young Syefura Othman (Bentong) dan Hassan Abdul Karim (Pasir Gudang).

Mereka berkata sebagai anggota masyarakat antarabangsa yang bertanggungjawab, Malaysia ada tanggungjawab moral dan undang-undang untuk melakukan apa yang terdaya dalam membantu orang awam tak bersalah di kawasan konflik.

“Malah, kami merasakan kerajaan boleh dan harus melakukan lebih lagi bagi membantu pelarian Palestin. 

"Maka, mengecewakan untuk melihat reaksi negatif sesetengah rakyat terhadap keputusan kerajaan untuk memberikan sedikit kelegaan kepada pelarian Palestin ini, dengan genosid yang sedah berjalan dan kemusnahan rumah mereka.

“Rakyat Palestin yang dibawa ke sini (Malaysia) hanyalah sebilangan kecil berbanding mereka yang masih berdepan kemusnahan dan kematian di tanah air mereka.

“Kami menggesa rakyat Malaysia untuk mengetepikan prejudis dan melihatnya sebagai isu kemanusiaan,” kata mereka lagi. - Kenyataan Media



9
15
0
14
0
You will be interested