Politik & Negara 06 Aug, 2025

Video| Merdeka Malaysia! Merdeka Palestin! Sertai Jelajah Syarahan Kemerdekaan 2025! Anjuran MAPIM!

@ketua editor
Ketua Editor KitaReporters.com... Boleh hantar emel kenyataan media atau berita dan story ke [email protected] atau [email protected]

Share this

Sempena sambutan ulang tahun kemerdekaan ke-68 negara pada 31 Ogos 2025 ini, Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dengan bangganya melancarkan Jelajah Syarahan Kemerdekaan 2025 dengan tema "Merdeka Malaysia, Merdeka Palestin", yang akan menjelajah ke seluruh negara. - KitaReporters



Sempena sambutan ulang tahun kemerdekaan ke-68 negara pada 31 Ogos 2025 ini, Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dengan bangganya melancarkan Jelajah Syarahan Kemerdekaan 2025 dengan tema "Merdeka Malaysia, Merdeka Palestin", yang akan menjelajah ke seluruh negara -- bermula dari Perlis sehingga ke Sabah -- sepanjang bulan Ogos sehingga September 2025.



TUJUAN JELAJAH:

  1. Menyemarakkan semangat kemerdekaan Malaysia yang bukan sekadar bebas daripada penjajah fizikal, tetapi juga berdaulat secara ekonomi, budaya, dan politik.
  2. Menyedarkan rakyat Malaysia bahawa kemerdekaan sebenar tidak sempurna selagi Palestin masih dijajah.
  3. Mendidik generasi muda tentang erti sebenar kemerdekaan, menghubungkannya dengan perjuangan sejagat menentang kezaliman, penindasan dan penjajahan.
  4. Menggerakkan solidariti massa rakyat Malaysia dalam menyokong kemerdekaan Palestin dan menentang genosid yang sedang berlaku di Gaza.
  5. Melancarkan inisiatif “Wakaf Rakyat Merdeka untuk Gaza” – satu dana rakyat untuk menyokong kempen bantuan dan misi kemanusiaan termasuk 1000 Flotilla: Break The Siege.
  6. Menggabungkan semangat kemerdekaan negara dengan nilai kemanusiaan sejagat – bahawa penderitaan di Palestin adalah tanggungjawab seluruh umat manusia, terutamanya negara yang merdeka.



KANDUNGAN PROGRAM:

  • Syarahan Perdana oleh Cikgu Mohd Azmi Abdul Hamid, Presiden MAPIM 
  • Tayangan dokumentari 
  • Persembahan puisi kemerdekaan dan pentomen “Anak Merdeka, Anak Gaza”
  • Solat hajat dan qunut nazilah berjemaah
  • Pelancaran Tabung “Wakaf Merdeka Untuk Gaza”
  • Penyampaian “Deklarasi Rakyat Malaysia Untuk Kemerdekaan Palestin”



NEGERI-NEGERI TERLIBAT:

  1. Zon Utara: Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak
  2. Zon Tengah: Selangor, Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan
  3. Zon Selatan: Melaka, Johor
  4. Zon Timur: Kelantan, Terengganu, Pahang
  5. Sabah & Sarawak



Presiden MAPIM, Mohd Azmi Abdul Hamid, berkata: "Kami tidak akan meraikan kemerdekaan dengan hanya nyanyian dan perbarisan. 

"Kami akan menjadikan kemerdekaan ini sebagai seruan kebangkitan rakyat untuk bersama menuntut kemerdekaan Palestin. 

"Malaysia merdeka, tapi kita belum bebas sepenuhnya jika kita terus membisu terhadap kezaliman di Gaza. Ini adalah syarahan rakyat, oleh rakyat, untuk rakyat -- dan untuk umat tertindas."

Sehubungan itu, MAPIM menyeru seluruh rakyat Malaysia -- NGO, institusi pendidikan, masjid, badan belia dan seluruh institusi awam -- untuk bersama menyambut dan menyertai Jelajah Syarahan Kemerdekaan 2025: Merdeka Malaysia, Merdeka Palestin.

Kerana kemerdekaan sebenar adalah apabila tiada siapa ditindas, tiada siapa dijajah. - KitaReporters/Kenyataan Media

7
14
0
9
0
You will be interested