Politik & Negara 31 Jan, 2023

Video| Dialog drama Kudeta didakwa ada unsur lucah DAN hina wanita! Maszlee Malik tampil mohon maaf!

@fitri hazim
Memulakan kerjaya sebagai wartawan penyiaran pada tahun 2016. Pengalaman dan peranan besar liputan Pilihan Raya Malaysia dan Bajet. Beralih sebagai wartawan akhbar serta banyak terlibat liputan jenayah dan bencana alam. ([email protected])

Share this


BEKAS Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik membuat permohonan maaf setelah skrip dalam lakonannya menerusi drama Kudeta didakwa mempunyai unsur lucah dengan mengaibkan kaum wanita menjadi tular sehingga mendapat kecaman ramai.

Permohonan maaf itu dibuat oleh Maszlee melalui satu kenyataan dalam laman Facebook rasminya kepada golongan wanita, dengan menyatakan kekhilafan yang telah dilakukan ketika melakonkan watak seorang bekas perdana menteri jahat yang telah dipenjarakan dengan dialog kiasan yang dilihat tidak bersesuaian dalam drama bersiri tersebut.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan program drama



“Saya Dr Maszlee bin Malik ingin membuat pemohonan maaf secara terbuka kepada semua terutama kepada kaum wanita di mana jua kalian berada. Saya menyedari akan keberkesanan filem dan drama dalam menyampaikan mesej yang baik dalam masyarakat.

“Secara peribadi, saya mengakui kekhilafan dan kesilapan kerana melakonkan watak Perdana Menteri jahat dipenjara yang telah menggunakan perkataan yang tidak sepatutnya yang telah mengganggu kesejahteraan emosi dan minda semua.

“Saya juga berterima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang telah memberikan teguran, ingatan, nasihat sama ada secara peribadi mahupun umum. 

"Moga Allah ampunkan segala kesilapan saya dan himpunkan kita semua dalam kebaikan. Saya juga berharap pihak Astro boleh menapis babak tersebut demi menghormati sensitiviti ramai pihak,” katanya.



Rata-rata pengguna media sosial mengemukakan pelbagai pendapat dengan menyatakan Maszlee selaku ahli politik tidak sepatutnya terjun ke bidang ke lakonan serta ada yang memuji lakonan beliau membawa watak dalam drama itu.



“Sedikit kecewa dengan anda yang tidak sepatutnya terima tawaran untuk berlakon, kamu bukannya pelakon, sekarang sudah menjadi bahan viral mereka,” jelas Aina Mardhiah Ruslan.

“Tidak perlu minta maaf pun. Watak jahat tidak menjadi realisitik tanpa ada ciri kejahatan. Jangan kaitkan latar belakang pelakon dengan pembawaan watak,” ujar Al-Rabbani Zukhi.

“Betul-betul mendalami watak dalam lakonan anda,” tulis Wan Nazihah Wan Yusoff. - KitaReporters 


9
12
0
14
0
You will be interested