
Bersama Malaysiaku,
setiap keringat jadi cahaya,
setiap tugas adalah bakti,
setiap rakyat ialah wira
yang membina tanah air dengan setia.
Dari sawah ke menara,
dari bilik darjah ke pentas dunia,
setiap insan memainkan peranan
demi negara yang makmur dan sejahtera.
Terima kasih atas dedikasi tanpa henti. Malaysia berdiri megah kerana semangat ini.
Ayuh kita terus melangkah bersama, sejiwa, sebangsa.
- ANWAR IBRAHIM, Perdana Menteri Malaysia

Gerakan #BersamaMalaysiaku ialah gerakan nasional yang menghimpunkan wajah-wajah rakyat Malaysia dari pelbagai lapisan masyarakat menerusi lensa fotografi. Ia meraikan semangat kerja, nilai murni, dan kebersamaan yang menjadi nadi kepada jati diri negara.
Daripada peneroka di ladang, petani di kebun, jururawat di hospital, guru di bilik darjah, ibu tunggal dan warga desa sehingga peniaga kecil di pasar, setiap foto menggambarkan kisah sebenar perjuangan rakyat.
Setiap gambar adalah cerita, dan setiap cerita membawa semangat kerja kuat rakyat.
Objektif: Menggalakkan perpaduan rakyat Malaysia melalui perkongsian foto yang menunjukkan semangat kerjasama dan kebersamaan dalam kehidupan seharian.
Kerjasama Strategik: Gerakan ini dilaksanakan menerusi kerjasama strategik dengan pelbagai kementerian, organisasi dan rakan media.
Perlindungan Privasi: Semua penyertaan akan dikendalikan dengan penuh kerahsiaan dan mematuhi garis panduan perlindungan data peribadi.

Cara Mudah Untuk Menyertai:
Hanya 4 langkah mudah untuk menjadi sebahagian daripada gerakan #BersamaMalaysiaku
- Ambil foto anda secara individu semasa bekerja
- Lengkapkan borang penyertaan dengan maklumat yang diperlukan
- Muat naik foto dan hantar borang penyertaan anda
- Kongsi gerakan di media sosial dengan hashtag #BersamaMalaysiaku
Untuk maklumat lanjut, sila lawati pautan bersamamalaysiaku.malaysiamadani.gov.my. - KitaReporters/Kenyataan Media