Politik & Negara 14 Sep, 2025

Hati-hati para suami! Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia 2.0 lebih berintegrasi, inklusif!

@ketua editor
Ketua Editor KitaReporters.com... Boleh hantar emel kenyataan media atau berita dan story ke [email protected] atau [email protected]

Share this

ke arah memastikan sistem pengurusan perkahwinan di Malaysia agar lebih berintegrasi, efisien dan inklusif, kerajaan telah melancarkan MySPPIM 2.0, portal baharu Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM). 



Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, portal baharu SPPIM ini diperbaharui dengan ciri-ciri pintar, integrasi bersama pelbagai agensi agama pada peringkat persekutuan dan negeri.

"MySPPIM 2.0 akan memastikan sistem pengurusan yang lebih efisien dan inklusif, berasaskan kecerdasan buatan (AI)," jelas beliau.

Terdahulu, Anwar merasmikan Majlis Penutup Ijtimak Perdana Agensi Agama Seluruh Malaysia 2025 (IJPAM 2025) pasa Sabtu, 13 September 2025, dengan Johor sebagai tuan rumah pada tahun 2025 ini.



"Dalam ucapan, saya tekankan bahawa penyatuan adalah asas penting dalam pembangunan negara dan masyarakat. 

"Firman Allah SWT dalam Surah Al-Saff menggambarkan kekuatan ummah yang bersatu seperti bangunan yang tersusun kukuh yakni satu perumpamaan yang sangat mendalam dan relevan dengan konteks kita hari ini," tambahnya.

Seterusnya, beliau mahu agensi-agensi agama terus mara ke hadapan, menyumbang dalam arus kemajuan teknologi, tanpa mengabaikan asas kemanusiaan yang luhur.

"Kemuliaan insan (Karamah Insaniyyah) bukan diukur pada persepsi atau emosi semata-mata, tetapi pada ilmu, akhlak, pemikiran, dan integriti yang dibina atas asas al-Quran dan as-Sunnah," jelas beliau. - KitaReporters/Kenyataan Media


11
14
0
13
0
You will be interested