Politik & Negara 09 Oct, 2023

Serangan angkara kezaliman, penjajahan berterusan aparteid Israel! Palestin damba pembebasan! - ABIM

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: kita.reporters@gmail.com atau editor.kitareporters@gmail.com

Share this


Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mengamati pertembungan antara rakyat Palestin dan rejim aparteid Zionis yang semakin memuncak.

ABIM menegaskan pertembungan baru-baru ini adalah susulan kezaliman dan penjajahan berterusan rejim aparteid Zionis ke atas rakyat Palestin.
Justeru, ABIM menggesa seluruh warga dunia konsisten mendukung perjuangan rakyat yang mendambakan kebebasan dan kemerdekaan tanah air mereka.


Dalam perkembangan berkaitan, ABIM menggesa agar seluruh pihak menghormati batas kemanusiaan khususnya dalam memelihara rakyat awam yang terdiri daripada wanita, kanak-kanak, dan orang tua di wilayah bergolak berkenaan.
Dalam masa sama, bagi menamatkan pergolakan ini, ABIM menegaskan seluruh pihak khususnya Majlis Keselamatan PBB harus bertindak segera menghentikan penjajahan aparteid zionis Israel ke atas wilayah Palestin.
Muhammad Faisal Abdul Aziz, Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

14
9
0
18
0
You will be interested