Politik & Negara 25 Jan, 2023

Video| Demi maruah umat Islam! Caprice gesa masyarakat boikot produk Sweden! Angkara bakar al-Quran!

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this


TAMPIL mempertahankan maruah umat Islam, penyanyi dan pempengaruh terkenal, Caprice meluahkan geram dan marah dengan tindakan biadab ahli politik Sweden, Rasmus Paludan yang membakar Al-Quran di Stockhlom, pada 22 Januari 2023 lalu.

Menerusi hantaran di Instagram miliknya, pemilik nama Ariz Ramli itu turut menggesa rakyat Malaysia khususnya umat Islam, berhenti membeli barangan daripada negara tersebut sebagai tanda protes terhadap tindakan biadab Paludan.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan usaha-usaha boikot




Katanya tindakan biadab ahli Parlimen itu bukan perbuatan yang pertama tetapi berterusan sejak tahun lalu (2022) lagi.

“Ini bukan kali pertama Sweeden benarkan mamat ni (Paludan) untuk bakar al-Quran. Sweden bagi dia bakar Quran tahun lepas (2022). Sweden bagi dia bakar Quran semalam (22 Januari 2023).

“Selagi mamat ni tak kena tahan dekat Sweden, saya cabar rakyat Malaysia untuk berhenti support barangan buatan Sweden,” katanya.



Malah Caprice yang pernah aktif dalam aktiviti kemanusiaan termasuk ke Gaza dan Palestin sebelum ini meminta supaya masyarakat di negara ini memboikot produk negara tersebut.

Penyanyi berusia  35 tahun itu juga , memilih jenama kelengkapan rumah terkenal, Ikea sebagai tanda protes ke atas negara tersebut yang sehingga kini tidak mengambil sebarang tindakan terhadap tindakan melampau pemimpin perkauman berhaluan kanan Sweden terbabit.

“Saya tidak akan lagi menyokong produk keluaran Sweden bermula dengan Ikea sehingga pihak kerajaan Sweden menangkap dan memenjara Rasmus Paludan,” katanya dalam nada marah sambil menggunting sehelai kemeja T jenama H&M.


Kredit foto: Portal CGTN - Europe


Sehubungan itu, Caprice yang turut dikenali dengan gelaran Daddy Cap turut menggesa pengikutnya untuk sama-sama bertindak tegas  dengan memboikot produk keluaran Sweden dan menyebarkan mesej tersebut kepada orang ramai.

“Kasi jadi sekurang-kurangnya selama empat bulan. Tolong sebarkan tentang perkara ini,” katanya. - KitaReporters


12
13
0
12
0
You will be interested