Politik & Negara 21 Jan, 2023

Video! Habislah! Yang di-Pertuan Agong dah terjerat! Turun berpancing! Dapat ikan siakap dan jenahak!

@fitri hazim
Memulakan kerjaya sebagai wartawan penyiaran pada tahun 2016. Pengalaman dan peranan besar liputan Pilihan Raya Malaysia dan Bajet. Beralih sebagai wartawan akhbar serta banyak terlibat liputan jenayah dan bencana alam. (fitrihazim@outlook.com)

Share this


PERKONGSIAN seorang kaki pancing mengenai Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat melakukan aktiviti rekreasi memancing di sebuah kolam memancing telah mengundang perhatian ramai dalam media sosial.

Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna media sosial bernama @waawi87, kelihatan baginda berjaya menaikkan seekor ikan siakap merah dan seekor ikan jenahak sambil berseloroh dengan rakyat dengan begitu ceria sekali.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan aktiviti-aktiviti memancing


“Tuanku Agong memancing siakap, Daulat Tuanku,” kongsinya.

Rata-rata pengguna media sosial amat teruja melihat sifat baginda yang berjiwa rakyat serta ada yang berseloroh apabila Tuanku Agong sudah terjebak dengan aktiviti memancing, tidak akan ada jalan keluar daripada hobi itu.



“Alhamdulillah, Tuanku nampak ceria dan gembira,” kata @ClicheMii.

“Dah masuk kelab memang tiada jalan keluar Tuanku,” jelas @PandaRider. 

“Bukan main sado lagi lengan Tuanku,” tulis @affiey. - KitaReporters


14
11
0
9
0
You will be interested