Politik & Negara 09 Feb, 2023

Video| Sah! KJ jadi DJ radio Hot FM! khairy mula bertugas 15 Feb! Kendali bersama segmen Bekpes Hot!

@fitri hazim
Memulakan kerjaya sebagai wartawan penyiaran pada tahun 2016. Pengalaman dan peranan besar liputan Pilihan Raya Malaysia dan Bajet. Beralih sebagai wartawan akhbar serta banyak terlibat liputan jenayah dan bencana alam. (fitrihazim@outlook.com)

Share this


BEKAS Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin bakal memulakan kerjaya baharunya sebagai penyampai radio (DJ) di stesen radio Hot FM bermula 15 Februari 2023 ini.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh stesen radio Hot FM dalam laman Instagram, Khairy atau lebih mesra disapa sebagai KJ mengesahkan akan menyertai Hot FM dalam temu ramah ketika menerima panggilan telefon dari segmen Bekpes Hot yang dikendalikan oleh Dato AC Mizal, Johan dan AG.

“Guys, KJ on nak jadi DJ pada minggu hadapan! Min tak sabar nak kerja minggu depan,” katanya.



Sementara itu, memetik laporan Berita Harian, Media Prima Audio mengumumkan akan bertugas sebagai penyampai radio Hot FM bermula 15 Februari 2023 ini dengan mengendalikan segmen Bekpes Hot dari pukul 6 hingga 10 pagi.

Rata-rata pengguna media sosial amat teruja untuk menantikan kemunculan bekas Ahli Parlimen Rembau itu sebagai penyampai radio serta menyatakan akan bersedia di hadapan radio seawal jam 6 pagi.




“Ok minggu hadapan pukul 6 pagi kami bersedia di hadapan radio. Jangan lupa solat subuh,” jelas @roziana_rozmel.

“Minggu depan tune (pasang) radio balik,” ujar @kakamohdali.

“Kami akan bangun awal tunggu KJ jadi DJ Hot FM,” tulis @wongchi1508. - KitaReporters




10
12
0
14
0
You will be interested