Politik & Negara 21 Feb, 2023

Video| KJ jadi DJ! Lagu khas jadi penyampai radio Hot FM! Nak jamming dengan Bekpes Hot, Alif Satar!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin (KJ), 47, yang muncul buat kali kedua dalam segmen Bekpes Hot pada Isnin, 20 Februari 2023, jam 8 pagi diberi kejutan apabila  dihadiahkan lagu khas sempena tugasan sebagai penyampai radio Hot FM baharu.

KJ seperti dijanji akan muncul setiap Isnin. Dia muncul membawa topik Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)  bersama tiga penyampai, Johan, AG dan Fara Fauzana.

Ia merupakan kemunculan pertama bersama  Fara Fauzana yang baru pulang daripada menunai umrah.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan bekas menteri Khairy Jamaluddin


Menurut KJ dia diberitahu oleh penerbit akan ada kejutan pada Isnin. Dia menyangka akan menerima pangglan daripada Timbalan Perdana Menteri 1 dan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Rupa-rupanya dia dihidangkan dengan lagu baharu berjudul ‘KJ Jadi DJ’. 

KJ mengakui terkejut dan terharu serta terkesima mendengar lagu ciptaan dan nyanyian Roshan Jamrock itu dan menyatakan ciptaan itu hebat. 







KJ sambil ketawa berkata, dia mengetahui ada kejutan, namun menyangka panggilan daripada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Sementara itu, Roshan ketika dihubungi menerusi segmen Bekpes Hot meluahkan penghargaan diberikan kepadanya menghasilkan lagu istimewa itu.



ROSHAN JAMROCK


"Ini adalah peluang bagus sebab saya adalah peminat KJ, jadi saya tak payah tanya banyak soalan dan terus buat. Saya jadi peminat KJ sebab sebelum ini berambut 'dreadlocks', jadi saya boleh terus kaitkan dengan KJ," katanya.

Dalam masa sama, Roshan atau nama sebenarnya Roshan Nair memuji kerjasama empat penyampai radio yang disifatkan berjaya menghiburkan pendengar pada waktu pagi.

"Anda buat kerja yang sangat bagus dan saya suka mendengarnya," katanya.



Sebelum ini, KJ pernah berkongsi menerusi temu bual bersama penyampai radio Molek FM, DJ Nazz mengenai tiga band tempatan pilihannya iaitu Alif Satar & The Locos, Butterfingers dan Search.

Mengulas pertanyaan AG, Khairy mengakui, dia adalah peminat Alif Satar & The Locos dan Alif juga adalah kawannya.

"Pertama, saya minat Alif sebab sahabat saya. Kedua, lagu-lagunya memang baik dan ketiga, ini ramai tak tahu. Semasa saya menjalankan program vaksinasi COVID-19, Alif mendendangkan lagu untuk program berkenaan," katanya. 

Pasukan Hot FM menghubungi Alif untuk mendapatkan reaksi. Alif turut memuat naik penghargaan dalam laman Instagram (IG) berkata, dia berbesar hati apabila kumpulannya menjadi pilihan.

"Terima kasih sebut Alif Satar & The Locos sebab ada lagi dua band yang memang 'gempak' gila," katanya.



Melanjutkan bualan, Alif berkata, dia gembira melihat KJ dengan karier baharu sebagai penyampai radio.

"Seronok dengar cerita KJ masuk dalam dunia industri seni. Sebab beliau sudah terjun kapal terbang, boleh 'menggoreng' gitar dan menteri pertama yang masuk program Ironman walaupun separuh sahaja," katanya.

Mengulas sama ada berminat untuk 'jamming' bersama pasukan Bekpes Hot FM, Alif terbuka untuk bersama empat penyampai radio itu menyampaikan lagu ‘Lindung Diri Lindung Semua’ mengenai vaksin Covid-19.

"Bila-bila masa sahaja. Disebabkan KJ ada menyebut berkenaan lagu vaksin, jadi kita akan jamming lagu ini," katanya.  - KitaReporters


14
10
0
10
0
You will be interested