Politik & Negara 01 Nov, 2023

Lintasan Rafah dibuka 1 Nov 2023! Pindahkan pesakit kritikal dari Palestin ke hospital di Mesir!

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this


LINTASAN Rafah yang menghubung Mesir dan Gaza akan dibuka hari ini, 1 November 2023 bagi membolehkan rakyat Palestin yang cedera mendapat rawatan di hospital di Mesir.

Perkara berkenaan disahkan oleh seorang pegawai namun enggan mendedahkan nama bagi tujuan keselamatan. Pegawai berkenaan mengesahkan ratusan rakyat Palestin yang mengalami kecederaan serius akan dihantar ke Mesir.



Sementara itu Pengarah Hospital Al-Shifa Dr Mohammed Abu Silmiyeh pula menjelaskan kesemua pesakit yang kritikal dihantar berikutan mereka memerlukan pembedahan segera.

“Lagipun di hospital di sini tiada kelengkapan dan alatan lagi yang boleh digunakan lagi,” katanya sambil menjelaskan semua pesakit yang selesai menjalani pembedahan akan ditempatkan di hospital medan di bandar Sheikh Zuweid.



Pengarah Persatuan Bulan Sabit Merah Mesir di Sinai Utara, Khaled Zayed, juga mengesahkan lokasi hospital lapangan dalam temu bual dengan CNN bersedia untuk menerima pesakit Palestin.

Sementara itu, Gabenor Sinai Utara, Mesir, Mohamed Shosha juga mengesahkan mengenai perkara itu menerusi kenyataan televisyen di saluran Mesir.



Gabenor Sinai Utara sebelum ini berkata, pihaknya berjaga-jaga untuk menerima penduduk Palestin yang cedera, sebaik sahaja sempadan dibuka.

Sempadan Rafah ditutup sejak tercetusnya pertempuran di Semenanjung Gaza pada 7 Oktober 2023 lalu, dan dibuka sebahagiannya selama beberapa hari untuk membenarkan kemasukan hanya sejumlah trak bantuan. - KitaReporters


11
19
0
9
0
You will be interested