Politik & Negara 20 Oct, 2023

Bersatu padulah negara-negara Islam! Tangani masalah dan kesengsaraan warga Palestin! - YDP Agong

@kartini mohd noor
Pernah berkhidmat sebagai 1. Stringer Berita Harian 2. Wartawan Berita Harian 3 . Penyunting Harian Metro 4. Grup Editor Majalah IBUBAPA

Share this




SERI Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Ahmad Shah Al-Musta'in Billah menzahirkan rasa dukacita dan kegusaran terhadap kejadian yang telah menimpa Palestin.

Dalam Instagram House of Pahang,  Seri Paduka Baginda dipetik sebagai bertitah "perkara tersebut berlaku kerana penafian hak asasi rakyat Palestin terutama pembentukan sebuah negara merdeka dan berdaulat serta penindasan berterusan."

Sehubungan itu, Seri Paduka Baginda juga menyeru negara-negara OIC untuk bersatu padu dalam menangani masalah dan kesengsaraan yang dihadapi warga Palestin. 



Sebelum itu, pada Jumaat 13 Oktober 2023, House of Pahang menyeru rakyat Malaysia untuk bersama Yang di-Pertuan Agong memanjatkan doa agar rakyat Palestin dilindungi serta tanah mereka dibebaskan daripada penjajahan dan penindasan rejim aparteid Israel.

Ayuh sama-sama kita memohon kepada Allah S.W.T pada hari Jumaat yang penuh barakah ini agar kesejahteraan rakyat Palestin terus terpelihara. House of Pahang kemudian memuat naik doa berkenaan dalam halaman Instagram itu. 

"Assalamualaikum, selamat pagi rodong. Alhamdulillah di atas nikmat Islam & Iman yang Allah masih beri pada kita harini. Min nak ajak semua jom baca doa qunut nazilah untuk saudara-saudara Islam kita yang ditindas di Palestin, Syria, Lubnan dan seluruh dunia ketika ini.

"Moga doa-doa kita dimakbulkan Allah SWT dan hak saudara kita sentiasa terbela."



Kegusaran itu timbul sejak awal kejadian lagi bila pengurusan Instagram House of Pahang menaikkan doa yang menunjukkan prihatin baginda terhadap percetusan terbaharu yang berlaku di Palestin yang setakat ini sudah meragut beribu-ribu nyawa terutama kanak-kanak dan bayi yang menjadi kekejaman perang Israel itu.

"Alhamdulillah, Min tengok rata-rata kita di Malaysia ni memberikan sokongan yang tak berbelah bahagi terhadap saudara kita di Palestin yang kini sedang diuji.

"Bantuan juga sedang dihulurkan dengan pelbagai cara, bahkan menyampaikan maklumat serta memberi kesedaran juga adalah salah satu cara bantuan yang berkesan. 

"Sama-sama kita panjatkan doa dan ingatan kepada saudara kita di Palestin pada setiap masa. Sewaktu bersukan misalnya, ingatlah bahawa mereka berlari untuk hidup. Kita bermandi peluh, mereka bermandi darah dan air mata.

"Terus menerus doakan mereka. Semoga mereka akan terus teguh bertahan di sana." - KitaReporters


 

17
13
0
12
0
You will be interested