Politik & Negara 26 Oct, 2023

DBP kena lebih perwira! Sektor awam perlu pulangkan semua surat bukan dalam bahasa Melayu! - Anwar

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: kita.reporters@gmail.com atau editor.kitareporters@gmail.com

Share this


"Sewaktu berucap melancarkan Karnival Dekad Bahasa Kebangsaan dan Dekad Membaca Kebangsaan 2023 di Universiti Multimedia (MMU) hari ini (25 Oktober 2023), saya singgung peranan Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) agar lebih perwira dalam bergerak ke arah memperkasakan Bahasa Melayu.

"Sementelahan, kerajaan akan sentiasa memberi sokongan kepada DBP terhadap usaha memperkasakan bahasa Melayu yang menjadi sebahagian daripada objektif Kerajaan Madani.
"Jangan pula dicapak sumbangan daripada sasterawan-sasterawan negara dalam mengolah Bahasa Kebangsaan meski berdepan tantangan bagi menarik minat generasi anak muda memperhalusi bahasa Melayu dengan lebih mendalam.
"Dalam pentas yang sama, saya turut mengarahkan sebarang surat menyurat oleh mana-mana pihak sama ada di sektor kerajaan mahupun swasta, diutuskan dalam bahasa Melayu, atau surat itu dipulangkan semula jika ia diutus menggunakan bahasa lain selain bahasa kebangsaan.
"Pemerkasaan budaya melalui bahasa sasteranya itu sesuatu yang penting. Bahasa jiwa bangsa!" - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (dalam akaun Facebooknya pada 25 Oktober 2023)


4
13
0
9
0
You will be interested