Politik & Negara 20 Apr, 2023

Cemar kesucian Islam! Bertentangan dengan prinsip persaudaraan! Kes usir pelarian Rohingya! - MAPIM

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: kita.reporters@gmail.com atau editor.kitareporters@gmail.com

Share this


MAPIM terkejut dan kesal dengan kes pengusiran lebih 50 orang Islam Rohingya dari sebuah kampung di Pulau Pinang seminggu sebelum sambutan Aidilfitri, yang laporkan oleh Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR).

Tindakan segelintir penduduk tempatan yang menghalau mereka yang telah menghuni di perkampungan itu lebih 10 tahun adalah bertentangan dengan prinsip kasih sayang dan persaudaraan dalam Islam, apatah lagi pada bulan Ramadan.

MAPIM menggesa kerajaan negeri menyiasat dan bertindak wajar berkaitan insiden ini yang memalukan umat Islam dan mencemar kesucian Islam yang menekankan keadilan dan persaudaraan.

Tindakan seperti ini memberi implikasi kepada pandangan orang bukan Islam terhadap sikap segelintir umat Islam yang dilihat tidak punyai sifat empati. 

Jika benar ada masalah, apakah tidak ada jalan perbincangan untuk mengatasinya, tanpa menganiayai pelarian berkenaan, terutama wanita dan kanak-kanak.



Pemimpin masyarakat di kampung Penaga seperti imam, penghulu dan wakil rakyat, perlu memberi perhatian terhadap insiden yang tidak sihat ini.

Sewajarnya persefahaman dan menjaga persaudaraan Islam menjadi keutamaan, bukan prasangka, rasa xenafobia (benci kepada orang luar) dan sikap memusuhi saudara seagama menjadi sentimen yang menguasai emosi.

MAPIM menggesa kerajaan negeri mengawal keadaan ini agar tidak berlaku perkara tidak diingini.

MAPIM merayu Mufti Pulau Pinang menasihati pihak-pihak berkaitan supaya memahami hukum Islam dalam melayani mereka yang tertindas dan mencari perlindungan di negeri Islam.

Kerajaan negeri dan pusat perlu mengambil inisiatif mengatur penempatan yang selamat dan tersusun untuk pelarian sebagai alternarif untuk menjaga hak manusia dan keamanan hidup mereka. 


Mohd Azmi Abdul Hamid

Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM)


11
10
0
14
0
You will be interested