Politik & Negara 11 Jul, 2024

Video| Berita baik untuk penduduk Jertih! Jambatan kedua untuk atasi kesesakan akhirnya akan dibina!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb [email protected]

Share this


Ahmad Maslan (tengah) diiringi Muhammad Pehimi (kanan) ketika melawat tapak cadangan pembinaan jambatan baharu Jertih


Masalah kesesakan lalu lintas di Bandar Jertih dijangka akan dapat diatasi apabila kerajaan akan membina jambatan kedua berkembar dengan jambatan lama Jertih di Sungai Besut. 

Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, jambatan berharga RM118 juta sepanjang 1.2 kilometer itu kini dalam proses reka bentuk.

Katanya, jambatan tersebut akan dibina oleh kerajaan pusat bagi mengatasi masalah sistem lalu lintas yang kerap dialami pengguna jalan raya di bandar itu yang turut menghubungkan dengan Kota Bharu, Kelantan dan Kuala Terengganu, Terengganu.


Laluan jambatan baharu (tengah) yang dicadangan merentangi Sungai Besut di Jertih


Menurutnya, perkara itu sering menjadi runggutan pengguna jalan raya terutama pada setiap kali musim cuti perayaan  berikutan pertambahan kenderaan mendadak melalui jalan persekutuan itu.

Malah, kesesakan laluan utama ke Kelantan itu bukan sahaja berlaku pada musim perayaan sebaliknya turut dialami pada setiap kali hujung minggu.

"Tender bagi pembinaan jambatan ikonik itu akan dibuka pada Mei 2025"katanya kepada media ketika melawat ke lokasi pembinaan di pinggir Sungai Besut di Jertih.

Hadir sama Ketua UMNO Bahagian Besut Datuk Muhammad Pehimi Yusof yang juga bekas ADUN Jertih.


 Panorama Bandar Jertih


 Muhammad Pehimi Yusof


Muhammad Pehimi berkata, pihaknya sudah lama berjuang untuk mendapatkan jambatan itu bagi kemudahan penduduk khususnya pengguna jalan raya yang melalui Bandar Jertih dan bersyukur kerajaan pusat kini memberi perhatian serius kepada masalah tersebut.

Pembinaan jambatan kedua tersebut diharap akan dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas selain melicinkan perjalanan kenderaan pada setiap kali musim perayaan.

Ini kerana pihak polis trafik terpaksa dikerahkan untuk mengawal lalu lintas apabila setiap kali musim perayaan tiba.



Berikutan itu pihak polis terpaksa bertindak meletakkan “road barrier” dengan membuat beberapa lorong khas  ketika melalui lorong di Jambatan Jertih sehingga ke Seberang Jertih.

Malah tindakan pemandu yang menukar lorong yang disediakan menyebabkan berlakunya kemalangan. - KitaReporters


 

 

 

11
8
1
12
0
You will be interested