Politik & Negara 02 Jan, 2024

Untukmu Keamanan, Untukmu Palestin! Majlis Ambang Tahun Baharu Sungai Petani Berselawat! 3,000 hadir!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: kita.reporters@gmail.com atau editor.kitareporters@gmail.com

Share this


Alhamdulillah, Pejabat Parlimen Sungai Petani bersama Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia cawangan negeri Kedah (PKPIM Kedah) dan Angkatan Belia Islam Malaysia Negeri Kedah (ABIM Kedah) telah menganjurkan Program Majlis Ambang Tahun Baharu Sungai Petani Berselawat di Dataran Zero Jam Besar, Sungai Petani pada Ahad, 31 Disember 2023.

Program yang dihadiri hampir 3,000 orang pengunjung daripada pelbagai kaum dan agama ini juga melibatkan beberapa penganjur lain antaranya Zaques Hotel dan Global Peace Mission (GPM) Malaysia.

Dengan tema "Untukmu Keamanan, Untukmu Palestin", kumpulan nasyid Inteam dan kumpulan qasidah Fattabiuni juga hadir membuat persembahan.



Menurut Ahli Parlimen Sungai Petani, Dr. Taufiq Johari, penganjuran kali ini adalah sebagai manifestasi penzahiran sokongan rakyat Malaysia kepada rakyat Gaza dan Palestin, yang mana kita mesti membuktikan bahawa kita tidak bersolidariti secara bermusim. 

Naib Presiden ABIM Pusat, Zairudin Hashim pula menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk terus menyumbang dan berdoa untuk saudara kita di Palestin, memandangkan keadaan semakin meruncing di Gaza.

Sebagai rekod, ABIM yang telah memperjuang isu Palestin sejak awal penubuhannya pada 1971, kini turut mempunyai cawangan di Gaza menerusi agensinya, Global Peace Mission (GPM) yang diketuai Pengarah Urusan, Dr. Tareq Altamas yang konsisten menyampaikan bantuan kepada rakyat Palestin.

Sebanyak 1,600 helai mafla Palestin turut diedarkan secara percuma kepada para hadirin, yang turut sama-sama bersalawat dan membacakan Doa Qunut Nazilah ketika acara tersebut. - KitaReporters/Kenyataan Media



15
14
0
16
0
You will be interested