Politik & Negara 20 Sep, 2024

Allahuakhar! Kemenangan untuk Palestin! Undian 124-14 Resolusi UNGA bakal tamatkan penjajahan Israel!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: [email protected] atau [email protected]

Share this

Kredit foto: Al-Jazeera


Kami merakamkan sokongan penuh kami kepada Perhimpunan Agung PBB (UNGA) yang mengesahkan resolusi menyeru penamatan kehadiran 'tidak sah' Israel di wilayah Palestin.
Kami kesal dengan beberapa ahli PBB yang mempamerkan pendirian ‘tidak berani’ dengan berkecuali dalam undian mengenai pendudukan Israel.
Undi atas pagar akan dianggap sebagai bersubahat dalam membenarkan pendudukan Israel yang sudah hampir satu abad itu.
Resolusi majoriti 124 - 14 yang diterima pakai oleh Perhimpunan Agung PBB pada Khamis, 19 September 2024 menunjukkan perpecahan di negara Barat apabila New Zealand, Perancis dan Ireland mengundi menyokong..
Keputusan penting baru-baru ini oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) bahawa kehadiran Israel di wilayah yang diduduki adalah menyalahi undang-undang antarabangsa turut mengesahkan resolusi UNGA itu.

Kredit foto: The Jerusalem Times


Resolusi yang digubal oleh Palestin itu menuntut agar Israel "mengakhiri tanpa berlengah-lengah kehadirannya yang menyalahi undang-undang di Wilayah Palestin yang Diduduki" dan "melakukannya selewat-lewatnya 12 bulan" dari sekarang.
Resolusi lapan muka surat itu sememangnya penting apabila ia memberi tumpuan kepada keperluan bagi Israel untuk mematuhi keputusan ICJ termasuk tuntutan yang lebih luas untuk "semua negara" untuk melaksanakan sekatan dan mengambil tindakan lain "selaras dengan kewajipan mereka di bawah undang-undang antarabangsa".
Resolusi itu juga menuntut Israel membenarkan semua penduduk Palestin yang dipindahkan semasa pendudukan Israel kembali ke tempat tinggal asal mereka.
Kami berpendirian kukuh bahawa resolusi ini akan menggerakkan satu lagi langkah untuk menamatkan pendudukan Palestin dan pembunuhan genosid Gaza.
Israel harus bertanggungjawab atas kehadirannya yang menyalahi undang-undang antarabangsa di wilayah Palestin dan kekejaman yang dilakukannya.
Penindasan berterusan oleh Israel sebagai kuasa pendudukan sejak perang enam hari pada 1967 – Baitulmaqdis Timur, Tebing Barat dan Gaza – jelas merupakan pelanggaran terhadap undang-undang antarabangsa.

Kredit foto: BBC


Kami percaya seruan untuk semua negara untuk "melaksanakan sekatan, termasuk larangan perjalanan dan pembekuan aset, terhadap individu asal dan sah yang terlibat dalam pengekalan kehadiran haram Israel di Wilayah Palestin yang Diduduki" , yang dinyatakan dalam resolusi itu adalah wajar.
Kami menyokong resolusi yang menyeru negara-negara untuk menghentikan “pengimportan sebarang produk yang berasal dari penempatan Israel, serta penyediaan atau pemindahan senjata, peluru dan peralatan berkaitan kepada Israel, kuasa pendudukan, dalam semua kes di mana terdapat alasan yang munasabah.  untuk mengesyaki bahawa mereka mungkin digunakan di  Wilayah Pendudukan Palestin”.
Masyarakat antarabangsa mesti bersatu untuk memaksa Israel menghentikan semua aktiviti penempatan Yahudi.
Sementara itu, sambil memberi isreal tempoh masa 12 bulan untuk diguna pakai dalam mematuhi resolusi itu, kami menggesa PBB mengambil langkah yang perlu untuk melindungi rakyat Palestin di wilayah yang diduduki daripada serangan berterusan oleh tentera Israel dan peneroka haram Yahudi.
Kami juga menyeru agar tuntutan mesti dikeluarkan kepada Israel untuk membebaskan semua rakyat Palestin yang ditahan sejak perang Gaza.

Mohd Azmi Abdul Hamid 

Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM)


10
11
0
9
0
You will be interested