Politik & Negara 10 Feb, 2024

Bertenang dan elak berpolemik! Kedudukan agama Islam dan Mahkamah Syariah tidak terjejas! - ABIM

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: kita.reporters@gmail.com atau editor.kitareporters@gmail.com

Share this


"Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) merujuk kepada keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Persekutuan terhadap kes membabitkan Nik Elin Zurina Binti Nik Abdul Rashid (Nik Elin).

"ABIM menyeru umat Islam di negara ini untuk bertenang dan elak daripada berpolemik sehingga ia boleh menimbulkan kegusaran ramai.

"ABIM ingin mengingatkan pendirian Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang mengetuai panel hakim dalam kes ini yang menjelaskan bahawa kes ini tidak ada kena mengena dengan kedudukan Islam atau Mahkamah Syariah di negara, tetapi khusus membicarakan bidang kuasa Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan untuk menggubal perundangan yang berkaitan.



"ABIM turut menyambut baik kenyataan Senator Dato’ Setia Dr Mohd Na’im Mokhtar Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), yang telah menggariskan langkah-langkah segera yang akan diambil oleh kerajaan untuk menanggapi keputusan kes ini dan seterusnya meningkatkan usaha memperkasa mahkamah syariah. 

"ABIM turut menyatakan kesediaan untuk terlibat sama menjayakan sebarang usaha reformasi hal ehwal pentadbiran agama Islam melalui Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri untuk Menggubal Undang-Undang Islam yang dipengerusikan oleh mantan Ketua Hakim Negara Tun Zaki Tun Azmi."


Ahmad Fahmi Mohd Samsudin, Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)


11
18
0
10
0
You will be interested