
Keadaan kanak-kanak di Beit Lahia, utara Gaza yang bermain di kawasan runtuhan rumah yang menjadi pelindungan sementera mereka. - Kredit foto Xinhua
KEADAAN di Gaza masih huru-hara, penutupan lintasan sempadan ke wilayah membuatkan kehidupan penduduk di sana lagi tertekan.
Meskipun tiada lagi bunyi dentuman bom daripada tentera Zionis namun keadaan mereka ibarat menunggu hari mati. Apa tidaknya, semua rak di kedai kosong dan pusat agihan bantuan kosong selepas laluan utama ke wilayah disekat menyebabkan bantuan ubat-ubatan, makanan dan makanan dihentikan sejak 2 Mac 2025 lalu.Memetik agendi Xinhua pada 11 April 2025 lalu, situasi perit itu menyebabkan hampir 2 juta penduduk di wilayah Gaza dan hampir 60,000 daripada jumlah itu adalah kanak-kanak kini berdepan dengan kebuluran yang melampau.
Lebih menyedihkan apabila apabila bayi yang dilahirkan kini dihambat dengan kekurangan zat makanan.

Seorang ibu muda berusia 35 tahun, Samia Ashour, yang menyambut kelahiran bayi lelakinya 50 hari lalu mendakwa, anaknya itu masih di bawah dua kilogram.
“Saya menyusukannya setiap hari tetapi dia makin kurus di depan mata saya. Bayi ini tidak bersalah kenapa mereka perlu menderita begini?
“Saya hanya mahu dia terus hidup. Saya melahirkannya ke dunia dan kini saya hanya mampu melihat nyawanya melayang perlahan-lahan,” katanya sambil menyekat air mata.
Samia yang menamakan anak lelakinya Ibrahim berkata anaknya yang dilahirkan kurang daripada satu kilogram itu tidak menangis dan bergerak cuma matanya terbuka dan tutup.
Lebih menyedihkan Samia sendiri kelihatan sugul dengan keadaan dirinya yang cengkung.

Kanak-kanak berdepan penyakit bahaya selepas keadaan persekitaran yang teruk dan berdepan kebuluran akibat ketiadaan bekalan makanan. - Kredit foto Xinhua
Berkongsi pengalaman mengandung dalam tempoh duka di wilayah itu, wanita hebat itu berkata, dia hanya bergantung kepada satu hidangan ringan setiap hari.
“Itu sahaja makanan yang kami ada. Tiada sayur, tiada protein, tiada susu. Kalau saya ada duit sekalipun, tiada apa yang boleh dibeli. Pintu sempadan ditutup. Rak-rak di kedai kosong.
“Adakah dilahirkan sebagai rakyat Palestin kini umpama hukuman mati?” soalnya.
Awal bulan lalu, Lintasan Kerem Shalom yang menjadi laluan di antara Israel dan Gaza ditutup selepas tiada lanjutan kepada fasa pertama gencatan senjata.
Sejak dari itu, tiada trak bantuan yang dibenarkan memasuki Gaza untuk membawa makanan, ubat-ubatan atau susu formula kepada dua juta rakyat Palestin.

Petugas hospital bertungkus lumus memberi rawatan terbaik kepada kanak-kanak khususnya bayi yang berdepan masalah kekurangan zat.
Sementara itu, Pihak berkuasa kesihatan Gaza melaporkan lebih 60,000 kanak-kanak kini berisiko mengalami komplikasi serius akibat kekurangan zat makanan.
Jabatan Pediatrik Hospital Nasser mendakwa ramai bayi di Gaza kini mengalami susut berat badan dan tumbesaran terbantut.
Ketuanya, Dr Ahmed Al-Farra berkata ada ibu bapa yang terpaksa memberi susu formula tidak sepadan yang khasiatnya tidak mencukupi malah boleh memudaratkan bayi.
Semoga ada sinar baharu membuka ruang untuk penduduk di Palestin khususnya di Gaza untuk mereka kembali menjalani kehidupan yang lebih sempurna. Amin, ya Allah! - KitaReporters

Kanak-kanak Palestin yang kehilangan tempat tinggal dilihat berada di sebuah tempat perlindungan sementara di Bandar Gaza, pada 7 April 2025. - Kredit foto Reuters