Politik & Negara 06 Apr, 2023

Buat khutbah khas! Jelaskan keadaan terkini Masjid Al-Aqsa! Buat juga bantahan besar-besaran! - MAPIM

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: [email protected] atau [email protected]

Share this


MAPIM menyeru agar khutbah khas isu serangan ke atas Masjid Al-Aqsa oleh Zionis Israel disampaikan di seluruh negara.

Keadaan Masjid Al-Aqsa kini sangat kritikal kerana serangan terbaharu telah mencederakan lebih 200 ahli jamaah yang ada di dalam masjid.

Sehingga kenyataan ini dikeluarkan, keadaan di dalam Masjid Al-Aqsa masih tegang. Tentera dan polis aparteid Zionis kini mengepung Masjid Al-Aqsa untuk mengusir ahli jamaah keluar dari masjid tersebut. 

Serangan dilakukan dengan mengguna stun grenades dan peluru besi bersalut getah.

Pencabulan berulang kali ke atas Masjid Al-Aqsa tidak boleh dibiarkan. Umat Islam perlu bangkit menyatakan bantahan dan memastikan kesucian Masjid Al-Aqsa dipertahan.


Kredit foto: Daily Sabah


Khutbah khas perlu mengingatkan bahawa Masjid Al-Aqsa wajib dilindungi. Ia ada kaitan dengan aqidah umat Islam.

Zionis Yahudi kini nekad untuk merampas masjid itu dan mendirikan kuil mereka di tapak Masjid Al-Aqsa. Lebih parah, Yahudi Zionis mahu meroboh Masjid Al-Aqsa itu sendiri.

Kini serangan ganas dilakukan di dalam Masjid Qibli, iaitu salah satu masjid dalam pekarangan Masjid Al-Aqsa. 

Ratusan ahli jamaah telah cedera, termasuk kanak-kanak, akibat keganasan tentera dan polis aparteid Israel yang menceroboh masjid tersebut.

Kali ini provokasi lebih biadab dilakukan bila acara khas Passover Yahudi mahu dilakukan di dalam Masjid Al-Aqsa. 

Ia suatu langkah Yahudi Zionis mahu mencabar umat Islam dan mencetuskan pertembungan besar-besaran.

Setiap masjid di Malaysia perlu mengambil kesempatan menyedarikan umat Islam mengenai situasi terkini Masjid Al-Aqsa.

Setiap Ramadan Yahudi Zionis tidak pernah melepaskan peluang menceroboh Masjid Al-Aqsa untuk menganggu puluhan ribu pengunjung Muslim melakukan iktikaf.



Umat Islam seluruh Malaysia, khasnya tidak boleh mendiamkan diri. Pernyataan solidariti dan persaudaraan Islam perlu dizahirkan.

Hari Al-Quds Sedunia pada 14 April 2023 ini adalah kesempatan untuk bantahan dilakukan di hadapan Kedutaan Amerika kerana AS adalah penyokong utama aparteid Israel.

MAPIM menyarankan khutbah khas perlu menyentuh perkara berikut:

1. Kedudukan, kesucian serta hubungan umat Islam dengan Masjid Al-Aqsa.

2. Situasi Masjid Al-Aqsa terkini yang diserang oleh Yahudi Zionis.

3. Apa matlamat Yahudi Zionis menyasarkan Masjid Al-Aqsa.

4. Kewajiban mempertahan Masjid Al-Aqsa

5. Apa yang umat Islam perlu lakukan untuk mempertahan Masjid Al-Aqsa - Doa, Solat Hajat , Qunut Nazilah setiap waktu solat, lancar boikot terhadap Israel, sumbangan kepada tabung Al-Aqsa. 


Mohd Azmi Abdul Hamid

Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM)


9
10
0
14
0
You will be interested