Politik & Negara 11 Oct, 2023

Ketepikan naratif Israel, Barat! Palestin berhak bentuk negara merdeka lagi berdaulat! - Ismail Sabri

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: kita.reporters@gmail.com atau editor.kitareporters@gmail.com

Share this


Konflik terbaharu Palestin dan Israel adalah berpunca daripada sejarah yang sangat panjang. Rakyat Palestin dikurung dalam penjara terbuka yang terbesar di dunia berdekad-dekad lamanya.

Mereka dizalimi, dibunuh dan tanah dirampas. Setiap hari, mereka hanya menunggu masa untuk menjadi korban serangan rejim Israel.

Justeru, usah terperangkap dengan naratif Israel dan Barat bahawa konflik ini berpunca daripada HAMAS. 

Selagi puncanya tidak diselesaikan, maka konflik ini akan terus berpanjangan dan mengorbankan ribuan nyawa.

Hak mutlak rakyat di bumi Palestin untuk membentuk sebuah negara merdeka yang berdaulat wajib dipertahankan.

Kerajaan Malaysia sejak dahulu sehingga kini tetap menyokong bahawa bumi Palestin perlu bebas daripada pendudukan haram Israel.

Ketika Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-77, saya telah menggesa kuasa-kuasa besar untuk bersikap jujur dalam menyelesaikan isu rakyat Palestin.

Namun, dalam krisis yang berlaku hari ini, saya ingin menggesa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Liga Arab, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan seluruh dunia Islam bersatu dan bersama-sama menghentikan kekejaman yang dilakukan rejim Zionis Israel ke atas bumi Palestin.

Saya menyeru agar seluruh Keluarga Malaysia bersolidariti dan berdoa agar bumi Palestin terus dilindungi dan dirahmati oleh Allah SWT.


Keyataan rasmi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 10 Oktober 2023.



9
13
0
18
0
You will be interested