Politik & Negara 30 Mar, 2023

Ayuh bangkit! 30 Mac Hari Tanah Palestin! Peringati rumah, tanah penduduk dirampas aparteid Israel!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: [email protected] atau [email protected]

Share this


Pada 30 Mac adalah peringatan Hari Tanah Palestin. 

Ia mengingatkan perampasan tanah warga Palestin oleh pendatang Yahudi. Pada 1948 diisytiharkan lahirnya negara Israel bermula dengan pengusiran rakyat Palestin dari tanah mereka.

Hari ini penting diingati untuk mengembalikan hak warga Palestin dan juga diaspora Palestin di seluruh dunia. Hari ini adalah penting untuk menyatakan bersolidariti dengan perjuangan pembebasan Palestin.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan negara Palestin


Ia bermula pada 1976 apabila Israel mengisytihar untuk merampas tanah Palestin di beberapa kawasan perkampungan Sakhnin di wilayah Galilee Israel.

Tindakan membantah keras oleh rakyat Palestin itu telah mengakibatkan ratusan cedera dan enam warga Palestin terbunuh oleh tentera Israel .

Malangnya sejak itu bumi Palestin dirampas sedikit demi sedikit sehingga kini hanya tinggal Gaza dan Tebing Barat.

Tebing Barat dianggap wilayah dijajah (occupied territory) di mana tentera dan polis Israel serta undang-undang Israel dikuatkuasakan. Manakala Gaza dikepung sehingga lebih 17 tahun.



Sehingga kini rakyat Palestin menderita apabila pendudukan (settlement)  haram kaum Yahudi di tanah Palestin berterusan. Israel meluluskan hampir setiap hari perampasan tanah dan pemusnahan kediaman Palestin oleh puak zionis Yahudi.

Protes setiap tahun diadakan di seluruh dunia oleh warga Palestin namun tidak memberi kesan pada 2018 The Great March of Return di Gaza. Ia juga tidak merubah keadaan. Hak kembali ke tanah air mereka terus dinafikan.

Sehingga 2001 dicatatkan sekitar 5,000 ekar tanah Palestin dirampas . Seramai 200,000 daripada 1.4 juta penduduk Palestin menjadi penduduk terusir (Internal Displaced People) akibat rampasan tanah oleh Yahudi Zionis.



MAPIM menyeru semua NGO di Malaysia menyatakan sokongan kepada tuntutan mengembalikan tanah Palestin kepada warga yang berhak.

MAPIM menggesa Kerajaan Malaysia turut mengisytiharkan hari ini sebagai hari bersolidariti dengan Palestin. Suatu usul khas di bawah Jawatankuasa Parlimen perlu diutarakan.

MAPIM juga mencadangkan agar Malaysia mengambil inisiatif mengusulkan kepada PBB dan OIC untuk mengadakan sidang khas untuk menuntut tanah Palestin dikembalikan kepada warga Palestin.

Sesungguhnya perjuangan pembebasan tanah Palestin  dan hak untuk kembali kepada perkampungan mereka adalah suatu hak yang sah dan berkait dengan maruah, budaya, sejarah dan identiti mereka. 


Mohd Azmi Abdul Hamid

Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM)



9
17
0
18
0
You will be interested