Politik & Negara 09 Apr, 2023

Lancarkan bantahan sekeras-kerasnya! Paderi Hindutva biadab! Nak serang Islam, kuasai Mekah! - MAPIM

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: [email protected] atau [email protected]

Share this


MAPIM mengutuk keras kenyataan biadab paderi Hindutva India, Yati Narsinghanand Sarawarti yang tular video ucapan beliau yang mengungkap semboyan perang mahu penganut Hindu bersatu untuk serang Islam dan menguasai Mekah.

Kenyataan seperti ini tidak pernah diungkap secara terbuka seperti yang dirakam dalam video tersebut.

Nyata ucapan beliau adalah bersifat provokatif dan berunsur Islamofobia ekstrim. 

Beliau sanggup mengatakan bahawa serangan oleh penganut Hindu ke atas Islam dan jihad Islam adalah suatu kemestian. Malah jika Hindu gagal menguasai Mekah, Islam tidak akan dapat dilemahkan.



MAPIM mengutuk dengan sekaras-kerasnya kenyataan yang sangat biadab yang boleh mencetuskan perang agama di India khususnya dan antara penganut Islam dan Hindu.

MAPIM mendesak kerajaan India mengambil perhatian serius terhadap faham ekstrimis Hindutva yang boleh mencetuskan ketegangan bukan sahaja di India malah di seluruh dunia.

MAPIM menuntut kerajaaan BJP Narendra Modi bertindak ke atas paderi tersebut dan meminta maaf kepada umat Islam.

Ini bukan kali pertama ucapan esktrim seperti ini diungkapkan. Pada 2022 Yati Narsinghanand Giri, seorang paderi Hindu juga menyatakan agar pembunuhan beramai-ramai (genosid) Muslim di India dilancarkan.

Ucapan-ucapan kebencian (hate speeches) terhadap umat Islam semakin meningkat akhir-akhir ini. Ternyata kerajaan Modi tidak serius mengekang kempen Hindutva yang mengembangkan mesej membenci Islam dan umat Islam di India.

Kumpulan ekstrimis Hindu yang membawa ideologi Hindutva aktif melancarkan kempen menyerang orang Islam dan sasjid.

Ucapan mahu menghapuskan Islam dan Muslim di India semakin merebak dan kini. Malah pada sebuah perhimpunan di bandar Haridwar pada Disember 2021, seorang paderi Hindu Hindutva menyeru supaya operasi membunuh Muslim di mana sahaja ditemui.



MAPIM menyeru umat Islam sedunia menyatakan bantahan keras di semua kedutaan India di seluruh dunia.

Mengecam pengistiharan paderi India yang menyarankan supaya pengikut Hindu menguasai Mekah. Ini adalah mencabar umat Islam pada tahap paling tinggi. 

Jika benar pernyataan itu tidak ditarik balik dan kerajaan India tidak meminta maaf, umat Islam akan digembleng untuk melancarkan jihad mempertahan Mekah sehingga titisan darah terakhir.

Kehadiran beberapa pegawai kerajaan BJP ketika ucapan menyerang Islam dan Kaabah dilafazkan, jelas menanda kerajaan Modi turut merestui kempen berkenaan.

MAPIM mengingatkan kerajaan India bahawa dasar menindas dan menafi hak minoriti di India sedang diikuti dengan teliti oleh umat Islam seluruh dunia. 

Sebarang kezaliman dan penganiyaan serta pencabulan terhadap umat Islam yang dilakukan oleh tidak akan dibiarkan begitu sahaja tanpa reaksi umat Islam.

Berita komuniti Islam disasar di India dengan serangan "mob lynching" (serangan beramai-ramai untuk membunuh), melarang wanita berhijab, serangan ke atas masjid, melarang solat Jumaat, pengharaman organisasi Islam, melarang pengislaman orang Hindu yang berkahwin dengan Muslim adalah antara sejumlah penafian dan penindasan yang dihadapi orang Islam di India.

Sehubungan itu MAPIM menuntut :

1. Umat Islam seluruh dunia melancarkan bantahan sekeras-kerasnya terhadap puak Hindutva yang mengapi-apikan pengikut Hindu untuk menguasai Mekah.

2. Kerajaan Modi mengambil langkah menahan paderi dan mendakwa beliau yang mahu mencetuskan ketegangan antara agama di India.

3. Kerajaan India menghentikan kempen membenci Islam di India dan menjamin hak Muslim minoriti.

4. Umat Islam di India bersatu dan mempertahan hak mereka dan memelihara kesucian agama Islam di India.

5. Negara-negara Islam memutuskan hubungan diplomatik dengan India jika India terus membiarkan kempen Islamofobia oleh pendukung Hindutva yang menjadikan umat dan Islam sebagai sasaran serangan dan penganiayaan.

6. OIC mengadakan sidang khas untuk membincangkan status Islam di India dan mengambil tindakan ke atas India jika kempen membenci Islam tidak dihentikan.


Mohd Azmi Abdul Hamid 

Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM)



12
15
0
7
0
You will be interested