SEMAKIN melampau… itulah reaksi yang paling sesuai dengan tindakan tidak beradab ahli politik Sweden, Rasmus Apudan yang tergamak membakar al-Quran, pada 22 Januari 2023 lalu.
Mengutuk tindakan tersebut, Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Muhammad Faisal Abdul Aziz mengutuk sekeras-kerasnya tindakan biadab ahli politik Sweden, Rasmus Paludan, yang membakar al-Quran, kelmarin.
Lagi kisah-kisah berkaitan tindakan mengutuk dan dikutuk
Ternyata tindakan provokasi tersebut jelas merupakan jenayah kebencian dan lebih mendukacitakan ia dilakukan selepas mendapat kelulusan permit daripada Kerajaan Sweden sendiri.
“Pihak kami mendesak agar kerajaan Sweden mengambil tindakan keras terhadap penjenayah tersebut di samping mengambil langkah-langkah drastik pada masa akan datang bagi mengelakkan merebaknya Islamofobia di Sweden.
“Selain itu, ABIM juga mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Kerajaan Sweden yang mengizinkan pembakaran Al-Quran secara sengaja atas nama kebebasan bersuara.
"ABIM sangat kesal dengan polis Sweden yang tidak mengambil tindakan apabila Paludan membakar kitab suci itu dengan pemetik api berikutan kecaman panjang hampir sejam, di mana dia menyerang Islam dan imigresen di Sweden,” katanya.
Muhammad Faisal turut melahirkan kekesalan terhadap dasar kebebasan bersuara Sweden yang membenarkan untuk menghina agama sedangkan ia jelas bukanlah kebebasan bersuara sebaliknya, ia merupakan kebencian dan Islamofobia semata-mata.
ABIM mengaskan pihaknya menekankan kepentingan dialog, kempen kesedaran dan pendidikan bagi menyuburkan budaya damai, sifat toleransi, saling menghormati dan persefahaman bersama.
“sejak 2014, ABIM turut konsisten menggerakkan pelbagai penerbitan, forum, wacana serta program berkait dengan Mencegah serta Menangani Keganasan Melampau (Preventing/Countering Violent Extremism) dengan kerjasama pelbagai pihak,” katanya.
Atas dasar itu, ABIM turut menyeru agar Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC) mengeluarkan amaran keras terhadap Sweden bagi menunjukkan bahawa masyarakat Islam antarabangsa tidak berdiam diri. - KitaReporters