.
Watch on TikTok

KitaReporters merakamkan ucapan takziah dan rasa amat dukacita yang mendalam atas pemergian mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi atau lebih mesra dikenali sebagai Pak Lah, yang telah kembali ke rahmatullah pada 14 April 2025.
Pemergian beliau bukan sahaja satu kehilangan besar kepada dunia politik tanah air, malah turut dirasai seluruh rakyat Malaysia yang menghargai kepimpinan beliau yang sederhana, berhemah, berjiwa besar dan penuh nilai kemanusiaan.
Tun Abdullah memainkan peranan penting dalam meneruskan agenda reformasi pentadbiran negara dan memperkenal konsep Islam Hadhari, yang menekankan keseimbangan antara pembangunan rohani dan kemajuan fizikal.
Semasa era kepimpinannya, beliau dikenali sebagai tokoh yang memperjuangkan kebebasan media, integriti pentadbiran, dan memperkasakan sektor pendidikan.
Pak Lah juga dikenang sebagai seorang pemimpin yang tenang, berjiwa rakyat, dan sentiasa mengutamakan perpaduan serta keharmonian masyarakat berbilang kaum di negara ini.
KitaReporters menzahirkan rasa simpati kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para solihin.
Al-Fatihah. - KitaReporters

Tags: