Politik & Negara 11 Aug, 2023

PRN Negeri Sembilan| P.M Kumar kunci mulut! Tak layan kecaman! Mahu fokus berbakti kepada masyarakat!

@rosdi ismail
Berpengalaman sebagai pemberita bersama Berita Harian (BH) bermula pada tahun 1985 hingga 2017. Pada tahun 1991, diserapkan dalam unit penyunting BH di Bangsar, Kuala Lumpur. Kemudian, pada tahun 1997 dipindahkan ke unit pendidikan BH sebagai penyunting

Share this

P.M. Kumar minum bersama penduduk di Bahau yang menjadikan beliau semakin disenangi.


CALON Perikatan Nasional (PN), Kumar S. Paramasivam menggunakan pendekatan ‘kunci mulut’ dan tidak mengambil peduli terhadap kecaman selepas diumumkan bagi merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N08 Bahau, Negeri Sembilan pada 29 Julai 2023.

Beliau dari Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP), yang lebih dikenali sebagai P.M. Kumar akan menggunakan peluang yang diberikan itu bagi berkhidmat kepada masyarakat berbilang kaum di situ apabila terpilih sebagai wakil rakyat. 

Menurutnya, untuk menyempurnakan hasrat itu tiada guna dia melayani atau menjawab kecaman daripada pelbagai pihak sebaliknya memberi kekuatan baginya mendapatkan sokongan pengundi yang sudah bijak menilai sesuatu kebenaran.



Tambahnya, sehubungan itu dalam ceramah kepada penduduk sekitar Bahau dia tidak menyentuh atau menyerang hal peribadi calon lain yang bertanding sebaliknya memberi penerangan kesanggupan bertanding untuk menjadi seorang wakil rakyat.

“Tugas menjawab kecaman atau bermacam tuduhan ini saya serahkan kepada pekerja parti atau petugas yang diberi tanggungjawab menyantuni penduduk pelbagai kaum di samping mengedarkan risalah matlamat perjuangan sebagai ahli DUN nanti,” katanya ketika ditemui di bilik gerakan PN pada 10 Ogos 2023.

P.M. Kumar berkata, dia yang sudah lebih 20 tahun aktif dalam pelbagai kerja amal kebajikan bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Selangor amat memahami keperluan masyarakat terutama mereka daripada keluarga kurang berkemampuan.

Menurutnya, tidak cukup dengan itu dia terbabit secara langsung menyumbangkan pelbagai keperluan kepada beberapa hospital apabila mengetahui mereka memerlukan peralatan sokongan membantu pesakit untuk mendapatkan rawatan.

Jelasnya, dia tidak berkira dalam melakukan kerja amal kebajikan demi memberi kesenangan kepada mereka yang ditimpa musibah dan perkara itu seharusnya menjadi tanggungjawab kepada masyarakat yang berkemampuan untuk turut serta.


P.M. Kumar membantu petugas parti menyiapkan kerja di bilik gerakan PN di Bahau, Negeri Sembilan.


“Sekiranya terpilih sebagai wakil rakyat saya akan meneruskan kerja amal kebajikan ini dengan memperluas sumbangan yang boleh disalurkan untuk pelbagai kaum termasuk membantu mengurus serta melancarkan urusan penduduk berkaitan hal ditimpa musibah atau kematian.

“Mungkin bagi sesetengah pihak menganggap perkara itu suatu yang enteng malah sebenarnya perkara ini yang dipelajari apabila bergelombang dengan tugas-tugas sukarela dan amal kebajikan yang membuka mata hati saya untuk terus berkhidmat kepada masyarakat,” ujarnya. - KitaReporters


Petugas parti sentiasa turun padang menyantuni penduduk bagi membantu kempen P.M. Kumar.

27
11
0
15
0
You will be interested