Politik & Negara 17 Apr, 2025

Apa nak jadi? Jalur Gemilang tanpa bulan sabit! 2 media berbahasa Cina disiasat SKMM, KDN dan PDRM!

@ketua editor
Ketua Editor KitaReporters.com... Boleh hantar emel kenyataan media atau berita dan story ke kita.reporters@gmail.com atau editor.kitareporters@gmail.com

Share this

.


Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyiasat dan memanggil media Kwong Wah Yit Poh berhubung laporan berkaitan gambar bendera Malaysia yang tidak lengkap sifatnya yang dimuat naik dalam akaun sosial media Facebook rasmi organisasi media tersebut.

Jalur Gemilang yang dipaparkan tidak mempunyai elemen bulan sabit dan hanya menunjukkan elemen bintang serta jalur sahaja. Bulan sabit melambangkan agama Islam sebagai agama persekutuan negara Malaysia.




"Siasatan terhadap kes berkenaan sedang dijalankan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588), khususnya Seksyen 23 memandangkan kesalahan adalah melibatkan kandungan yang dimuat naik secara dalam talian.

"MCMC (SKMM) memandang serius perkara tersebut dan akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menjalankan siasatan terhadap isu berkenaan, sekiranya perlu dan berkaitan," jelas SKMM dalam satu kenyataan pada 16 April 2025.

Dua media besar berbahasa Cina -- Sin Chew Daily dan Kwong Wah Yit Poh -- didapati menerbitkan, menyiarkan dan memuat naik gambar atau grafik bendera Jalur Gemilang tanpa bulan sabit.




“MCMC memberi amaran tegas kepada semua pihak, sama ada organisasi media mahupun orang awam, agar tidak memuat naik atau menyebarkan kandungan yang bersifat mempersenda atau menampilkan bendera Malaysia dalam keadaan tidak lengkap sifatnya.

"Tindakan tegas boleh diambil terhadap mana-mana pihak yang melanggar peraturan itu. MCMC komited untuk memastikan penggunaan media digital di Malaysia kekal tertib dan menghormati simbol-simbol kebangsaan," kata SKMM lagi. - KitaReporters/Kenyataan Media



11
10
0
14
0
You will be interested