Politik & Negara 04 Feb, 2024

Israel tak mati kerana ada negara Islam beri talian hayat! Bekal makanan dan jual minyak! - GSPP

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: kita.reporters@gmail.com atau editor.kitareporters@gmail.com

Share this


Oleh: NURSABIHAH MOHTAR


Negara Islam diminta  jangan beri talian hayat kepada Israel, kata Pengerusi Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin (GSPP), Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni ketika ceramah khas di Surau Tazkiah Desa Bestari, Sepang baru-baru ini.

Mengulas lanjut tentang situasi itu, Fauzi melihat perang Israel-Palestin ini telah mengakibatkan penjajah Israel kekurangan bekalan makanan, lalu menekan negara-negara Islam untuk membekalkan makanan kepada mereka.

“Apa yang berlaku sebahagian daripada negara Islam ini memberikan makanan kepada Israel. Akhirnya tindakan ini memberikan talian hayat kepada Israel,” katanya.

Situasi lain juga berlaku ketika mesyuarat Liga Arab memberikan cadangan supaya negara-negara Arab tidak menjadikan negara mereka sebagai pangkalan tentera kepada Amerika Syarikat, tetapi terdapat empat buah negara Arab yang memberi kebenaran tersebut.

“Termasuklah usul supaya semua negara Arab menghentikan penjualan minyak kepada Amerika dan sekutunya semasa mesyuarat Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) tetapi empat buah negara ini tidak bersetuju dan akhirnya usul ini ditolak,” katanya lagi.

Tambah Fauzi jika semua negara Arab bersetuju untuk tidak menjual minyak kepada Israel dan Amerika pastinya ia menjadi tekanan kepada Israel.

“Dari satu sudut Israel dah nak mati tetapi jika ada sikap daripada sebahagian daripada umat Islam sendiri akhirnya Israel masih bernyawa sehingga sekarang,” katanya lagi. - KitaReporters


14
6
0
6
0
You will be interested