
Ayuh! Jom beramai-ramai sambut Minggu Perpaduan 2025 peringkat Kebangsaan di pekarangan Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang.
Mulai 17 hingga 20 Julai 2025, pelbagai aktiviti menarik disediakan bagi memeriahkan sambutan peringkat nasional yang bertemakan Harmoni dalam Kepelbagaian ini.
Antara program yang disediakan ialah pameran Rumah Kami (Etnik) dan Perkampungan Etnik Kadazan Dusun dan Orang Asli serta etnik yang pelbagai.
Pameran Rumah Kami menyediakan budaya, adat dan masakan dari pelbagai etnik turut mengisi ruang pada kali ini.
Selain itu ialah makanan pelbagai etnik dan trak makanan. Pameran aset keselamatan dan ketenteraan, jualan madani yang menawarkan diskaun sehingga 20 peratus berbanding harga pasaran turut diadakan.
Pengurangan saman PDRM sehingga 50 peratus turut ditawarkan pada hari tersebut.
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) turut menawarkan pengurangan kompaun sempena sambutan Minggu Perpaduan yang berakhir pada 20 Julai 2025 itu.

Jualan usahawan perpaduan juga ada. Food unites iaitu sajian makanan pelbagai kaum pun ada.
Yang menariknya ialah persembahan artis dengan menampilkan Didi & Friends Live, Dato Awie, Stacy, Jaclyn Victor, Black Hanifah, Inteam, Shima Zikir, Suki Low, Hijjaz dan ramai lagi.
Pesta Durian, Rumah Hantu, Cabutan bertuah, sukan cabaran tradisi kampung seperti congkak, batu seremban, dam aji, telefon tin, teng-teng, dam ular, baling getah, galah panjang, sepak raga, bowling kelapa, lastik tin dan baling damak (dart).
Lebih nostalgia dan mengembalikan memori silam ialah DIY atau membuat sendiri mainan zaman dulu seperti kapal terbang kertas, layang-layang dan anak patung kain.
Perkhidmatan bas percuma juga disediakan dari Sungai Nibong sebelah pulau sehingga ke Batu Kawan di Seberang Perai. Begitu juga bagi kawasan Seberang Perai bermula dari Seberang Jaya sehingga ke Batu Kawan. - KitaReporters
