Politik & Negara 06 Sep, 2023

Pelihara persaudaraan antara gerakan, NGO Islam! Perkukuh kerjasama erat Malaysia-Indonesia! - Anwar

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: [email protected] atau [email protected]

Share this


Kenyataan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam akaun Facebooknya pada 5 Ogos 2023


Alhamdulillah, dalam kepadatan jadual sebelum bermula Sidang Kemuncak ASEAN Ke-43 dan sidang-sidang kemuncak di Jakarta (pada 6 Ogos 2023), saya sempat berdiskusi dan bertukar pandangan dengan para pimpinan gerakan dan pertubuhan Islam di Indonesia semalam (5 Ogos 2023).
Pertemuan ini amat bermakna tatkala kami menghimbau garis sejarah permulaan saya sebagai aktivis yang pernah belajar dari hikmah tokoh Islam Indonesia seperti Bapak Mohammad Natsir dan Buya Hamka.
Dalam perbincangan ini kami banyak menyentuh tantangan pemikiran, keilmuan, dakwah dan isu yang dihadapi dunia Islam.


Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan ke atas Bapak Haedar Nashir, Ketua Umum Muhammadiyah; Dr Adian Husaini, Ketua Umum Dewan Dakwah Islamiyah Indonesia (DDII) dan Prof Din Syamsuddin yang turut hadir bersama dengan 11 organisasi termasuk Ibu Khofifah Indar Parawansa, Ketua Muslimat Nadhatul Ulama (NU) serta Gabenor Jawa Timur atas kesudian hadir dalam pertemuan ini.
Siri pertemuan dan diskusi seperti ini akan terus disemarakkan demi memperkukuh kerjasama erat Malaysia dan Indonesia serta terus memelihara persaudaraan antara gerakan dan pertubuhan Islam dari kedua-dua negara.


Sementara itu, usai acara Temu Anwar malam semalam (5 Ogos 2023), saya telah menerima kunjungan hormat Pengurus Besar Nahdatul Ulama (NU) yang dipimpin oleh Kiyai Yahya Cholil Tsaquf bersama jajarannya.

Dalam pertemuan ini kami telah menyentuh kepentingan menguasai dan memelihara ilmu turath serta keupayaan membaca situasi semasa.
Saya singgung pengalaman panjang saya bersama Almarhum Abdurrahman Wahid (Gus Dur), mantan Presiden Indonesia serta pemimpin NU yang saya anggap sebagai sahabat yang setia dari waktu saya hadapi kesukaran dalam perjuangan politik saya.
Saya juga zahirkan penghargaan kepada kepimpinan NU yang sudi hadir untuk bertemu dan bertukar pandangan.
Moga perbincangan seperti ini akan dapat dilakukan lagi demi manfaat umat.

11
15
0
16
0
You will be interested