Politik & Negara 14 Apr, 2024

Zionis Israel pengecut! Bunuh 3 anak, 4 cucu pemimpin Hamas Ismail Haniyeh! Perjuangan diteruskan!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: kita.reporters@gmail.com atau editor.kitareporters@gmail.com

Share this


Saya sampaikan takziah sedalamnya kepada saudara saya Ismail Haniyeh yang kehilangan 3 orang anak dan 4 orang cucunya dalam serangan pengecut Zionis Israel pada hari pertama Aidilfitri. 

Saya amat terkejut dengan berita sedih yang saya terima daripada saluran Al-Jazeera ini. Saya tidak mempunyai kata-kata yang boleh mengurangkan kesedihan keluarganya.

Dengan sepenuh hati saya menghantar doa pada kala ujian perjuangan untuk pembebasan Palestin. Hati saya terharu kepada saudara Ismail Haniyeh atas kehilangan yang terpaksa ditanggungnya.
Hubungan saya dengannya adalah akrab.  Saya telah bertemu keluarganya semasa lawatan saya ke Gaza pada tahun 2014 bersama semua anaknya dalam satu majlis makan malam di rumahnya yang sederhana.  Saya telah mengalu-alukan lawatannya ke Malaysia beberapa tahun lalu dengan penuh kasih sayang dan rasa hormat.
Saya doakan saudara Ismail Haniyeh sekeluarga tabah dan kuat menghadapi ujian daripada Allah ini. Saya doakan semua anak dan cucuu beliau yang syahid diganjari dengan ganjaran jannah yang tertinggi.
Saya berduka dengan tragedi ini dan berkongsi  kesedihan saya bersama-sama dengan saudara Ismail Haniyeh dan keluarganya.

Kredit foto: CNN


Saya terinspirasi dengan ketenangan saudara Ismail Haniyed bila menerima berita dan menyatakan bahawa pembunuhan anak-anaknya dan pembunuhan keluarga di Gaza oleh serangan tentera Israel tidak akan menghalang keazaman rakyat Palestin untuk meneruskan perjuangan.
Saudara Ismail Haniyeh amat saya kasihi dan ukhuwahnya yang mesra akan menjadi hubungan yang berpanjangan sehinggalah hari kami akan bersama menyahut seruan Allah.
Saya tidak boleh tidak menyatakan kutukan dan kecaman yang tidak berbelah bahagi kepada kebiadaban pasukan pendudukan Zionis secara sembarangan menyasarkan orang awam dalam pencerobohan ganas israel . 

Pembunuhan beramai-ramai yang berterusan di Gaza dikecam sekeras-kerasnya dan menuntut agar kekejaman Israel tanpa sebarang hukuman mesti dihentikan.

Menyasarkan pemimpin dan ahli keluarga Hamas tidak akan menghalang keazaman untuk memperjuang kebebasan dan hak semua rakyat Palestin dan umat Islam.
Saya mengulangi dan menegaskan bahawa kita teguh dalam solidariti dengan Palestin sehingga pembebasan dicapai.
Mohd Azmi Abdul Hamid ialah Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM)

22
15
0
11
0
You will be interested