Mesyuarat khas antara Thailand dan Kemboja telah diadakan di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya pada 28 Julai 2025 atas usaha Malaysia menerusi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) selaku Pengerusi ASEAN. Peristiwa seperti ini berlaku kerana kita mempunyai seorang Perdana Menteri yang ada ketokohan dan dikenali di pentas dunia. Tahniah PMX selaku perantara yang cemerlang. - KitaReporters

Oleh DR. ZULKIFLI HASAN
Mesyuarat khas antara Thailand dan Kemboja telah diadakan di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya pada 28 Julai 2025.
Mesyuarat ini diusahakan oleh Malaysia menerusi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) selaku Pengerusi ASEAN, dalam usaha meredakan ketegangan yang semakin memuncak dan memulihkan kestabilan di kawasan sempadan yang terjejas akibat konflik.
Peristiwa seperti ini berlaku kerana kita mempunyai seorang Perdana Menteri yang ada ketokohan dan dikenali di pentas dunia. Mesyuarat ini adalah sangat penting dan strategik.
ASEAN adalah antara rantau yang paling aman di dunia. Keamanan dan kestabilan ASEAN perlu dipelihara dan dipertahankan. Diiringi doa setulusnya. Sejarah baharu tercipta bagi negara kita.
Syukur Alhamdulillah, Thailand dan Kemboja bersetuju untuk menghentikan pertempuran dan melaksanakan gencatan senjata.
Tahniah PMX selaku perantara yang cemerlang. Hanya dalam masa beberapa hari konflik berlaku (bermula 24 Julai 2025), alhamdulillah ketegangan dapat dihentikan.
Bayangkan berapa banyak nyawa dan harta benda dapat diselamatkan.

Presiden AS, Donald Trump sendiri gagal memujuk Thailand dan Kemboja menghentikan konflik walaupun mendesak secara langsung. Namun, PMX berjaya membawa kedua-dua pemimpin ke meja rundingan di Putrajaya dan mencapai gencatan senjata dalam tempoh beberapa jam.
Kejayaan ini hasil pendekatan diplomasi berhikmah dan hubungan erat Malaysia dengan kedua-dua negara, membuktikan kepentingan berbaik dengan semua.
Jiwa diplomat dan mediator adalah warisan turun-temurun orang Melayu, yang sejak dahulu mengutamakan rundingan untuk mengelak konfrontasi dan mencari penyelesaian damai demi manfaat bersama.
Malaysia, walaupun kecil dan jauh di Timur, mempunyai kekuatan diplomasi dan peranan penting dalam memimpin keamanan dunia Islam melalui pendekatan berunding dan menjaga maqasid keamanan.
Luar biasa, diplomasi tahap tertinggi. Tahniah PMX!
Dr. Zulkifli Hasan ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) untuk Hal-Ehwal Agama Islam. Artikel ini adalah pandangan penulis.
