Kredit foto: Arabnews.com
MEMASUKI hari kedua gencatan senjata di Gaza menyaksikan ribuan penduduk beratur panjang semata-mata mahu mendapatkan bekalan gas dan bantuan makanan demi meneruskan kehidupan.
Mereka kelihatan memanfaatkan jeda sepenuhnya dengan mengumpul bekalan yang diperlukan selain menggunakan peluang yang ada itu mencari ahli keluarga yang terpisah sejak perang bermula 7 Oktober 2023 lalu.
Kredit foto: BBCnews
Kredit foto: BBCnews
Sebahagian mereka yang sedang berlindung di pusat dan khemah-khemah perlindungan menggunakan peluang yang ada untuk pulang dan melihat kediaman mereka yang terkesan akibat serangan udara serta darat oleh tentera aparteid Israel.
Malah gencatan senjata yang bermula pada Jumaat, 24 November 2023 turut memberi peluang kepada lebih banyak kumpulan kemanusiaan dan bantuan dibenarkan memasuki wilayah terkepung ibarat kem konsentrasi tersebut.
Kredit foto: BBC.com
Rejim aparteid Israel mengenakan sekatan ketat di Semenanjung Gaza ketika pihak tenteranya melancarkan operasi balas dendamnya yang bertujuan untuk menghapuskan Gerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas).
Sejak itu lebih 14,500 penduduk Gaza yang menjadi syuhada, Jumlah itu berdasarkan laporan yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Gaza.
Kredit foto: BBC.com
Pada hari pertama gencatan senjata dikuatkuasakan, lebih 150 lori bantuan yang membawa bekalan kemanusiaan dibenarkan memasuki Gaza melalui pintu Rafar di Mesir.
Meskipun ia merupakan jumlah bantuan terbesar untuk memasuki Gaza sejak konvoi pertama melintasi sempadan pada 21 Oktober 2023 lalu, PBB berkata lebih banyak lagi bantuan kemanusiaan masih diperlukan. - KitaReporters
Kredit foto: Aljazeera.com