Politik & Negara 03 Jun, 2024

Kontroversi Blackrock! Batalkan cadangan GIP beli saham MAHB! Elak kontroversi masa depan! - MAPIM

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: [email protected] atau [email protected]

Share this


Kontroversi isu syarikat dana terbesar dunia Blackrock yang berpusat di Amerika Syarikat dalam proses mengambil alih GIP (Global Infrastructure Partners) dan akan membeli sebahagian saham dalam MAHB (Malaysia Airports Holdings Berhad) perlu dinohtahkan.

GIP konglomerat infrastruktur gergasi dunia dengan aset lebih USD$10 trilion yang terlibat dalam industri menjual senjata kepada Israel menjadi kegusaran pelbagai pihak bila diumumkan ia terlibat untuk memiliki saham dalam MAHB yang bakal diswastakan.

Pihak kerajaan harus mempertimbang semula untuk membenarkan saham MAHB dimiliki dana asing yang terlibat dengan Israel.

Kini isu keganasan Israel di Gaza sangat hangat menjadi fokus dunia. 

Sebarang syarikat yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan Israel yang dilihat bersekongkol (complicit) dengan genosid oleh Israel, sedapat mungkin harus dielak daripada terlibat dalam perdagangan dengan Malaysia.

Malah kini tindakan untuk mengenakan sekatan (sanction) ke atas Israel sedang dipertimbang oleh beberapa negara.



Sehingga ini pengambilalihan GIP oleh Blackrock belum muktamat namun untuk tidak terlibat dalam sebarang transaksi yang dihubungkan dengan kepentingan Israel, lebih baik penawaran saham MAHB kepada GIP tidak diteruskan. 

Kami mengesyorkan agar entiti lain yang tidak melibatkan hubungan dengan Israel diusahakan. 

Pengurusan MAHB kini masih dilihat antara yang terbaik di dunia. Oleh itu pengalaman dan kepakaran pengurusan MAHB yang sedia ada boleh dipertingkat dengan membuat perkongsian pintar yang strategik dengan industri aviasi dunia. 

Kami yakin ada sumber lain yang mempunyai kepakaran mengendalikan MAHB secara kompetitif boleh dicari sebagai alternatif.

Kami menyambut baik pengumuman Khazanah (Khazanah Nasional Berhad) tidak akan melakukan pelepasan atau pembuangan pekerja apabila pengswastaan MAHB diteruskan.

Kami berpendapat lapangan terbang adalah pintu masuk strategik yang perlu dipastikan 100% dalam tangan Malaysia. 

Keadaan masa depan dunia yang belum tentu stabil memerlukan pintu masuk ke dalam negara tidak dikompromi dengan perhitungan komersial semata-mata. 


Mohd Azmi Abdul Hamid, Presiden Majlis Peruundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM)



9
12
0
6
0
You will be interested