Politik & Negara 28 Nov, 2023

Malaysia-Thailand bentuk Pasukan Tugas Bersama! Percepat jambatan kedua Rantau Panjang-Sungai Golok!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: kita.reporters@gmail.com atau editor.kitareporters@gmail.com

Share this


"Pertemuan perwakilan dua hala antara Malaysia dan Thailand berlangsung setelah pertemuan PM Srettha dan saya di Kompleks CIQ Sadao di wilayah Songkhla, Thailand. Saya diapit Menteri Pelancongan, Menteri Kerja Raya, dan kedua-dua Timbalan Menteri Dalam Negeri dan Luar Negeri.
"Kami membahas langkah-langkah tindak lanjut daripada kunjungan PM Srettha ke Malaysia pada bulan Oktober 2023.
"Kami turut membincangkan pembentukan Pasukan Tugas Bersama untuk meneliti dan meningkatkan hubungan dua hala dalam empat bidang yakni perdagangan dan pelaburan, pelancongan, pertanian dan keterjaminan makanan serta keselamatan negara.
"Meskipun kedua-dua negara adalah tetangga dekat, kami merasa bahawa kerjasama perdagangan dan ekonomi masih rendah. Malaysia dan Thailand setuju untuk mengadakan Jawatankuasa Perdagangan Bersama pada suku pertama 2024 untuk menyelesaikan masalah tertunda dan meningkatkan perdagangan dua hala. 

"Kedua-dua kami juga bersetuju agar Dewan Perniagaan pada peringkat negeri atau wilayah memimpin dalam meningkatkan perdagangan dua hala, terutama di wilayah perbatasan.



"Mengenai projek penyambungan, Thailand bersetuju untuk mempercepat pembinaan Jambatan Persahabatan Kedua Rantau Panjang dan Sungai Golok.
"Kedua-dua pemimpin juga sepakat untuk mendirikan MoU tentang penanggulangan perdagangan haram dan pemburuan haiwan liar secara haram.
"Thailand juga menyatakan minatnya untuk mencari bantuan dari Malaysia dalam sektor halal, terutama dalam proses piawaian dan pengesahan.
"Kunjungan ini mencapai tujuannya dalam meningkatkan kerjasama yang sedia erat, khususnya dalam memaksimumkan potensi manfaat dalam kerjasama perbatasan.
"Malaysia sangat menghargai hubungan persahabatan dengan Thailand dan ingin melihat lebih banyak kegiatan di wilayah perbatasan yang dapat memberikan manfaat kepada kedua-dua rakyat Malaysia dan Thailand." - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (dalam akaun Facebooknya pada Isnin, 27 November 2023)

11
11
0
12
0
You will be interested