Politik & Negara 10 Nov, 2023

Doa Qunut Nazilah di semua sekolah ABIM! Gerakkan bantuan kemanusiaan Taufan Al-Aqsa Peduli Palestin!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: kita.reporters@gmail.com atau editor.kitareporters@gmail.com

Share this

"Kami merujuk kepada serangan ganas tentera Zionis Israel ke atas rakyat Palestin yang telah melepasi tempoh sebulan. Pada masa sama, laporan media mencatat jumlah warga Palestin yang terkorban telah mencecah angka lebih 10 ribu nyawa.

"Justeru, pihak ABIM mengarahkan seluruh sekolah ABIM untuk membaca doa Qunut Nazilah dalam setiap solat fardu bermula 9 November 2023.
"Pada masa sama juga, pihak ABIM juga menerusi Global Peace Mission Malaysia (GPM) telah menggerakkan misi bantuan kemanusiaan khusus untuk rakyat Gaza menerusi Taufan Al-Aqsa Peduli Palestin - 564221611602 Maybank Islamic. Justeru, pihak sekolah diminta untuk mempromosi inisiatif GPM ini.


"Pihak ABIM juga menyeru agar kita bersatu hati bersama kepimpinan Perdana Menteri Dato' Seri Anwar Ibrahim untuk mengecam kekejaman rejim Zionis serta terus berdoa agar Allah SWT memberikan kemenangan kepada perjuangan rakyat Palestin."
Muhammad Faisal Abdul Aziz, Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

12
20
0
11
0
You will be interested