Politik & Negara 11 Jan, 2024

Video| Forum khas Palestin Merdeka! Sempena Global Day of Action! Bukti ketempangan geopolitik global!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: kita.reporters@gmail.com atau editor.kitareporters@gmail.com

Share this



Alhamdulillah, ABIM Pusat, Majlis Belia Malaysia (MBM), Islamic Outreach ABIM Centre dan Institut Bitara telah mengadakan Forum Bitara Ikhtisas dengan topik “Palestin Merdeka: Krisis Asia Barat Ketempangan Ideal Geopolitik Global” bertempat di Hotel Tamu & Suites, Kampung Bharu, Kuala Lumpur pada hari ini, 11 Januari 2024.
Forum ini menampilkan dua orang panelis iaitu Dzul Aiman Zukefly, Presiden PKPIM dan Dr. Muslim Imran, Pengasas-Pengarah Asia Middle East Center for Reserch and Dialogue (AMEC). Sesi ini dipengerusi oleh Ketua Penerangan MBM merangkap Naib Presiden ABIM, Mohamad Fazril Mohd Saleh.


Program ini merupakan sebahagian pengisian sempena “Global Day of Action” yang akan disambut pada Sabtu, 13 Januari 2024 ini di seluruh dunia.
Forum tersebut mengupas situasi terkini pergolakan berdarah di Gaza dengan kematian akibat pembunuhan kejam dan penghapusan etnik oleh penjajah aparteid Zionis Israel.
Usai program, satu sidang media ABIM dan MBM diadakan sebagai tanda solidariti dan mendesak agar segala usaha untuk mengheret Israel ke muka pengadilan digiatkan agar terhentinya secara kekal kezaliman yang berterusan selama lebih tujuh dekad ke atas warga Palestin.
Di Malaysia, satu himpunan Global Day of Action: Ceasefire Now, Stop the War on Gaza akan berlangsung di hadapan Kedutaan Besar Amerika Syarikat, Kuala Lumpur pada Sabtu, 13 Januari 2024 ini. - KitaReporters/Kenyataan Media

11
16
0
12
0
You will be interested